Kadir Sheikh Fadzir Akui Amanah Dapat Tekanan Ahli Untuk Jadi Parti Politik

Diterbitkan: Jumaat, 13 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir
Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir

KUALA LUMPUR: Angkatan Amanah Merdeka atau Amanah yang baru sahaja dilancarkan beberapa bulan lepas telah menerima tekanan daripada ahli-ahlinya supaya bertukar menjadi sebuah pertubuhan politik.

Timbalan Pengerusi Amanah, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir dalam temubual dengan portal berita Malaysiakini menegaskan bahawa ahli-ahli mereka turut mendesak supaya NGO itu menyertai pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, kata bekas Menteri Pelancongan itu, majlis pimpinan pusat Amanah - yang diasaskan oleh sebahagian besarnya ahli politik veteran Umno yang diketuai Tengku Razaleigh Hamzah - masih belum membuat keputusan muktamad berhubung desakan tersebut.

Selain Kadir, lain-lain tokoh veteran yang telah mempelopori Amanah ialah bekas presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, bekas timbalan presiden MIC, Datuk S Subramaniam dan pemimpin parti komponen BN, Sabah Pasokmomogun (Upko), Wilfred M Bumburing.

Malah Kadir pada Isnin lalu telah dilihat berada di dalam bilik perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Jalan Duta di sini.

Walaupun Kadir kelihatan cenderung memberi sokongan moral kepada Anwar tetapi sehingga ke saat ini beliau masih ahli Umno.

Dua orang adiknya iaitu Musa dan Aziz adalah pemimpin Umno Bahagian di Pulau Pinang dan Kedah.

Malah Aziz adalah ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno.

Kadir tidak menyembunyikan hakikat bahawa Amanah kini benar-benar ditekan khususnya oleh ahli dari Sabah dan Sarawak untuk bertukar wajah menjadi sebuah pertubuhan politik malah menyertai pembangkang.

Sudah pastinya ini adalah satu perkara yang sukar kerana sepertimana Kadir, lain-lain kepimpinan utama Amanah masih lagi menjadi anggota parti-parti komponen Barisan Nasional.

Pertubuhan yang dilancarkan pada Julai tahun lalu telah mendapat kelulusan pendaftarannya sebagai sebuah NGO pada November lalu.

Objektif penubuhannya adalah untuk menghidupkan "semangat kebersamaan dan semangat satu keluarga sebenar di kalangan rakyat Malaysia."

Ia dikatakan kini memiliki lebih 10,000 ahli di seluruh negara tetapi sebahagian besarnya tertumpu di Lembah Klang dan Sabah dan Sarawak.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan