Kadar Sabitan Dan Denda Membabitkan Kes-Kes Rasuah Meningkat Tahun Lalu

Diterbitkan: Jumaat, 13 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencatatkan prestasi yang lebih baik sepanjang tahun lalu dengan kadar sabitan kes melibatkan pesalah rasuah sebanyak 74 peratus.

SPRM dalam satu kenyataan media hari ini menjelaskan bahawa sejak dinaikkan taraf daripada Badan Pencegahan Rasuah (BPR) kepada SPRM pada 2009, kadar itu (74 peratus) adalah pencapaian paling tinggi berbanding 71 peratus pada tahun 2010 dan 54 peratus (2009).

Menurut kenyataan itu, jumlah denda yang dikenakan kepada para tertuduh oleh mahkamah di seluruh negara tahun lalu berjumlah RM10,891,145 berbanding dengan RM9,495,555 pada 2010.

"Antara punca kejayaan ini ialah hasil daripada tertubuhnya Mahkamah Sesyen Khas yang membicarakan kes rasuah pada 16 Feb 2011. Ia telah mempercepatkan perbicaraan kes di mahkamah dan sekaligus membolehkan saksi-saksi dapat mengingati kejadian dengan lebih tepat dan mengurangkan jumlah saksi yang berpaling tadah," jelas kenyataan itu.

Selain itu, kejayaan ini turut dibantu peruntukan baru dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 mengenai peranan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah dan Jawatankuasa Aduan yang memantau pengurusan SPRM.

Anggota jawatankuasa dan lembaga berkenaan terdiri daripada pakar dari dalam dan luar kerajaan dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, undang-undang dan wakil daripada parti politik termasuk daripada pembangkang.

Antara kejayaan utama SPRM tahun lalu adalah sabitan kes bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang disabitkan dengan hukuman penjara 12 bulan.

Dr Mohamad Khir, 46, didapati bersalah terhadap tuduhan mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, 46, dua lot tanah dan sebuah rumah di Seksyen 7, Shah Alam, lima tahun yang lalu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan