Banyak Masalah Rakyat Selangor Akan Selesai Jika BN Kembali Memerintah - PM

Diterbitkan: Jumaat, 13 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata banyak masalah yang dihadapi oleh rakyat Selangor di bawah kerajaan negeri pakatan pembangkang akan dapat diselesaikan jika kerajaan Barisan Nasional (BN) mengambil alih negeri itu.

Perdana Menteri berkata selepas empat tahun mentadbir negeri Selangor sejak pilihan raya umum 2008, kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang masih tidak menunaikan janji-janji mereka sehingga menyebabkan sesetengah pihak berasa kecewa.

Najib berkata demikian semasa berucap pada Program Sepetang Bersama Perdana Menteri di Pangsapuri Rimba Jaya di sini sempena lawatan beliau ke negeri Selangor di bawah Program Nurani Rakyat Sayangi Selangor Yakini BN, Jumaat.

Beliau berkata antara masalah yang dihadapi oleh rakyat Selangor kini ialah masalah air, sampah sarap dan para peniaga kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang menghadapi cadangan kenaikan sewa ruang niaga yang mencecah sehingga 100 peratus.

Pada majlis itu, Najib mengumumkan Kerajaan Persekutuan akan memberikan peruntukan bagi membina sebuah surau yang amat diperlukan oleh penduduk-penduduk di pangsapuri itu.

"Saya lihat pangsapuri Rimba Jaya memang memerlukan sebuah surau yang baru kerana saya telah dibawa berjemaah Asar petang tadi, tentu kawasan itu tak sesuai untuk kita terus kekalkan sebagai surau kawasan pangsapuri ini," katanya.

Buat masa ini penduduk menggunakan ruang tingkat bawah pangsapuri itu sebagai surau yang hanya boleh memuatkan antara 50 dan 60 jemaah pada sesuatu masa.

Selain itu, Najib berkata Kerajaan Persekutuan akan membiayai pembinaan sebuah kuil baru untuk masyarakat India di kawasan pangsapuri itu.

Bagaimanapun, Perdana Menteri tidak mengumumkan jumlah peruntukan yang akan diberikan untuk kedua-dua rumah ibadat itu.

Mengenai masalah sesetengah bekas penghuni setinggan Rimba Jaya dahulu yang tidak dapat berpindah semula ke pangsapuri ini, beliau meminta tempoh masa untuk mengkaji jalan penyelesaian kepada masalah itu.

Dalam ucapan aluannya pada majlis itu, Penyelaras BN bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Batu Tiga, Zulkarnain Osman berkata terdapat bekas penghuni setinggan itu yang tidak dapat berpindah ke unit yang disediakan untuk mereka di pangsapuri Rimba Jaya kerana tidak mendapat pinjaman bank.

Sementara itu, Najib turut melawat para peniaga di Kompleks PKNS selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Negeri tengah hari tadi.

Beliau turut dimaklumkan oleh para peniaga berkenaan bahawa pakatan pembangkang banyak menabur janji manis sebelum berkuasa dahulu tetapi setelah berkuasa mengenakan kenaikan sewa bulanan yang keterlaluan sehingga mencapai 100 peratus.

"Pengerusi Persatuan (Peniaga-peniaga Kompleks PKNS) tadi minta (Kerajaan Persekutuan) ambil alih Kompleks PKNS...kalau ambil alih kerajaan negeri akan kenakan syarat yang menyusahkan.

"Adalah lebih baik jika BN mengambil alih semula kerajaan negeri kerana bukan sahaja masalah peniaga itu selesai tetapi masalah sampah sarap, air dan pangsapuri Rimba Jaya akan selesai," katanya.

Najib, yang telah melakukan lawatan sebanyak tiga kali ke Selangor bulan ini, turut mengucapkan terima kasih kepada para penduduk pangsapuri itu kerana memberikan sambutan hangat kepada lawatan beliau itu. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan