AirAsia X Tarik Balik Penerbangan Ke Mumbai, New Delhi, Paris, London

Diterbitkan: Jumaat, 13 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: AirAsiaX, syarikat gabungan AirAsia yang menawarkan perkhidmatan penerbangan tambang murah jarak jauh pada Khamis mengumumkan penarikan balik perkhidmatannya ke India (Mumbai dan Delhi) dan Eropah (Paris, London) dari habnya di Kuala Lumpur, sebagai sebahagian daripada program penyusunan semula rangkaiannya.

Penyusunan semula itu bertujuan memberikan tumpuan kepada pasaran-pasaran terasnya, kata AirAsiaX dalam satu kenyataan.

Penerbangan terakhir daripada perkhidmatan empat kali seminggu ke Mumbai ialah pada 31 Januari.

Bagi New Delhi, penerbangan terakhir ialah pada 22 Mac. Penerbangan pada bulan Mac akan juga dikurangkan kepada perkhidmatan empat kali seminggu.

Penerbangan akhir ke London ialah pada 31 Mac, manakala bagi Paris pada 30 Mac.

AirAsiaX menawarkan pilihan perjalanan alternatif tanpa kos tambahan kepada pelanggan yang telah menempah bagi perjalanan selepas tarikh-tarikh ini, untuk mengurangkan kerumitan akibat penarikan balik laluan itu.

Semua pelanggan yang terjejas akan menerima emel yang menyatakan pilihan yang ditawarkan kepada mereka, termasuk pengembalian wang sepenuhnya, perubahan laluan ke destinasi AirAsiaX yang lain atau pertukaran ke syarikat penerbangan lain jika ada.

AirAsiaX berkata, perubahan itu akan meningkatkan kecekapan kos kendalian dan menggabungkan rangkaiannya untuk memberikan tumpuan kepada pasaran-pasaran di mana ia boleh membina kedudukan peneraju pada 2012.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsiaX, Azran Osman-Rani, berkata: "AirAsiaX akan terus memberikan tumpuan kepada usaha mengekalkan kedudukan peneraju global dalam segmen jarak jauh, tambang murah.

"Kami berhasrat menumpukan kapasiti kepada pasaran teras kami di Australasia, China, Taiwan, Jepun dan Korea, yang telah kami bina laluan stabil dan menguntungkan dalam prasarana yang menyokong perkhidmatan kos rendah.

"Kami berhasrat membuka laluan-laluan baru dalam pasaran-pasaran ini. Pengumuman mengenai rancangan peluasan kami pada masa akan datang akan dibuat tidak lama lagi.

"Harga bahan api kapal terbang yang berterusan tinggi dan permintaan bagi perjalanan udara yang semakin merosot dari Eropah akibat keadaan ekonomi semasa serta cukai kerajaan yang terlalu tinggi, telah memberikan tekanan kos ke atas penerbangan tambang murah jarak jauh yang beroperasi di antara Asia dengan Eropah hingga menjejaskan keupayaan kami menawarkan tambang murah yang dikaitkan dengan AirAsiaX."

Beliau juga berkata, pelaksanaan Skim Perdagangan Emisi dan Duti Penumpang Udara yang semakin meningkat di United Kingdom, yang akan dinaikkan sekali lagi pada April, telah memaksa syarikat itu membuat keputusan untuk menarik balik perkhidmatan ke Eropah.

"Bagi Delhi dan Mumbai, sekatan-sekatan ke atas visa yang berterusan bagi perjalanan di antara India dengan Malaysia, dan kenaikan caj lapangan terbang dan pengendalian telah mewujudkan satu struktur yang tidak kondusif bagi model kos rendah," tegasnya.

Azran berkata, syarikat itu berharap dapat menyambung semula perkhidmatan ke India apabila isu-isu struktur diselesaikan.

AirAsiaX memulakan penerbangan ke London pada Mac 2009 dan ke Mumbai dan Delhi pada 2010. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan