Skim Akreditasi Bantu Kembangkan Industri Pelancongan

Diterbitkan: Khamis, 12 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah menggalakkan premis-premis perniagaan khususnya syarikat berkaitan pelancongan di bandar raya utama memiliki perakuan rasmi Skim Akreditasi bagi meningkatkan imej negeri sebagai destinasi pelancongan.

Menteri berkaitan Datuk Masidi Manjun berkata menerusi Skim Akreditasi yang merupakan skim penilaian ke atas prestasi perkhidmatan dan kualiti produk pelancongan yang pertama kali dilaksanakan itu dapat mempertingkatkan lagi kualiti produk serta perkhidmatan pelancongan di Sabah.

"Kementerian amat senang dengan program ini yang akan menambah nilai perkhidmatan dan jenis-jenis perniagaan yang boleh ditawarkan kepada pelancong dan sijil yang dipamerkan dapat menarik minat pelancong kerana mereka akan berasa bakal mendapat layanan menarik dan membeli produk pada harga berpatutan," katanya kepada pemberita di Sinsuran di sini, Khamis.

Pada majlis itu, Masidi melancarkan 'Pilihan Perniagaan Saksama Dalam Pelancongan - Premis Perniagaan Yang Ditauliahkan' dan 'Kadaiku' yang dimiliki Sri Pelancongan Sabah Sdn Bhd sebagai kedai pertama mempunyai pensijilan itu.

Beliau berkata skim yang bertujuan mengenal pasti peniaga yang mematuhi amalan perniagaan yang bertanggungjawab dan menawarkan produk pada harga berpatutan itu sekaligus menarik pelancong dari dalam dan luar negara untuk mengunjungi serta berbelanja di bandar utama seperti Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau.

Masidi berkata akreditasi yang diberikan dapat menggalakkan premis perniagaan untuk mencapai piawaian kualiti yang ditetapkan dan berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik seperti menyenangkan pelancong mengenal pasti kedai, restoran, penginapan atau agen penggembaraan yang boleh dipercayai.

Sementara itu, Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Abidin Madingkir berkata premis-premis perniagaan yang diiktiraf akan menerima sijil pengiktirafan beserta stiker tanda dan pensijilan akan diberikan dalam tempoh dua bulan dan sah laku akreditasi selama setahun.

Abidin berkata pihaknya mensasarkan sebanyak 50 premis perniagaan menyertai skim itu pada tahun ini dengan premis mereka mendapat publisiti melalui media cetak dan elektronik selain pemantauan pihaknya.

"Sasaran utama skim ini adalah tempat membeli-belah, kedai-kedai runcit, restoran, kedai makan, kopitiam dan tempat penginapan yang memenuhi kriteria seperti alam sekitar (kebersihan premis), produk, kemudahan, kakitangan dan sistem komunikasi perkhidmatan," katanya.

Menurutnya, Kadaiku yang dilancarkan hari ini memasarkan 100 peratus kraftangan buatan tempatan dapat menjadi contoh untuk mempromosikan kraftangan tempatan dan mencerminkan kepelbagaian etnik dan budaya di Sabah. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan