Pemilik Tanah Terengganu Tidak Bayar Tunggakan Cukai Diberi Amaran Keras

Diterbitkan: Khamis, 12 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu memberi amaran keras termasuk merampas tanah pemilik yang didapati tidak menjelaskan tunggakan cukai tanah melebihi 10 tahun lepas.

Ketika memberi amaran itu, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata ia bukan untuk membebankan rakyat tetapi untuk menjadikan pemilik tanah berkenaan lebih bertanggungjawab.

"Ia melibatkan 25,047 hak milik dan mulai tahun ini pejabat tanah akan mengeluarkan notis kepada pemilik yang terlibat," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan Menteri Besar Terengganu bersama warga pentadbiran tanah negeri di sini Khamis.

Kutipan cukai tanah di Terengganu yang dicatat pada tahun 2011 ialah RM23 juta sedangkan hasil sebenar yang patut dipungut ialah RM26 juta, katanya.

Sementara itu, Ahmad berkata pada tahun lepas kerajaan negeri membelanjakan RM80 juta untuk pengambilan balik tanah di 24 kawasan bagi tujuan pembangunan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan