Orang Ramai Boleh Mohon Buka KR1M Sendiri

Diterbitkan: Khamis, 12 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan mensasarkan membuka sekurang-kurangnya 85 buah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Menurut kenyataan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada Khamis, setakat ini 26 buah KR1M telah beroperasi.

Mulai tahun ini juga, orang ramai serta mana-mana perbadanan boleh memohon membuka dan menjalankan perniagaan Kedai Rakyat 1Malaysia mereka sendiri, kata kenyataan itu.

Syarat-syarat dan borang permohonan boleh didapati daripada laman sesawang kementerian di alamat www.kpdnkk.gov.my serta di semua cawangan pejabat kementerian itu.

Mengenai isu keselamatan produk yang dijual, kenyataan itu menyebut bahawa pihak kementerian telah mengarahkan semua 200 produk makanan di KR1M dihantar untuk pemeriksaan dan semua produk mestilah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan sebelum dijual.

Selain itu, tambah kenyataan itu, kementerian telah menubuhkan pasukan pemantau khas dianggotai pegawai daripada Pejabat Kesihatan, Jabatan Pertanian dan Jabatan Agama Islam bersama penguatkuasa KPDNKK untuk memeriksa semua produk makanan yang dijual di KR1M. Sehingga 31 Disember tahun lepas nilai jualan yang diperolehi 26 buah KR1M di seluruh negara mencapai RM12.4 juta.

KR1M kini menjual 250 produk dengan menggunakan label jenama generik "1Malaysia Kedai Rakyat" selain boleh menjual produk Coop 1Malaysia yang dikeluarkan Felda. Barangan dan produk berjenama 1Malaysia yang dijual di KR1m adalah lebih murah sehingga hampir 50 peratus berbanding jenama terkemuka lain, menurut kenyataan itu lagi. - BERNAMA ERKB SLR KHY HBS1

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan