Laporan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya Siap Mac

Diterbitkan: Khamis, 12 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Laporan lengkap Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya dijangka dapat disiapkan Mac ini untuk dibentangkan di Parlimen.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, jawatankuasa itu berpuas hati dengan cadangan yang dikemukakan pelbagai pihak melalui sesi pendengaran awam di seluruh negara yang bermula November lepas termasuk yang berlangsung di sini, Khamis.

"Hari ini dan esok merupakan sesi pendengaran keenam yang merupakan kali terakhir melainkan ada permintaan untuk diadakan di ibu negara yang akan dipertimbangkan.

"Setakat ini kami berpuas hati terhadap input yang dikemukakan, dengan 60 peratus daripadanya sudahpun dipertimbangkan untuk diguna pakai," katanya kepada pemberita pada pendengaran awam itu yang diadakan di Bangunan Sultan Ibrahim di sini.

Ongkili yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, lima wakil pertubuhan dan seorang individu menyampaikan cadangan mereka kepada jawatankuasa berkenaan pada sesi pendengaran pada Khamis.

Beliau berkata, kebanyakan cadangan yang ditimbulkan adalah berulang termasuk pengundian luar negara dan pengukuhan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

PSC yang diumumkan penubuhannya Oktober lepas, dianggotai lima wakil kerajaan Barisan Nasional, tiga wakil pembangkang dan seorang wakil bebas.

Wakil-wakil kerajaan selain daripada Ongkili ialah Anggota Parlimen Kapit Datuk Alexander Nanta Linggi, Anggota Parlimen Kangar Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad, anggota Parlimen Alor Gajah Tan Sri Dr Fong Chan Onn dan Anggota Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan.

Anggota pembangkang pula terdiri Azmin Ali daripada Parti Keadilan Rakyat, Anthony Loke daripada DAP dan Dr Mohd Hatta Ramli daripada Pas manakala wakil Bebas ialah Wee Choo Keong. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan