Lanjutan Usia Persaraan, Beri Peluang Kedua Kepada Kakitangan Awam

Diterbitkan: Khamis, 12 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan untuk membenarkan kakitangan awam yang memilih untuk tidak bersara pada usia 60 tahun mengubah fikiran mereka walaupun tempoh akhir untuk berbuat demikian sudahpun tamat.

Difahamkan, kegagalan untuk berbuat demikian adalah kerana golongan itu tidak diberi penjelasan terperinci mengenai perkara tersebut terutamanya fakta bahawa mereka boleh menerima pencen jika bersara lebih awal.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kebanyakan kakitangan awam tidak mahu melanjutkan tempoh usia persaraan kerana bimbang sekiranya mereka berhenti kerja lebih awal, mereka hanya boleh mengeluarkan wang pencen ketika berusia 60 tahun.

Tambahnya, berdasarkan pekeliling bertarikh 12 April 1991, kakitangan awam yang menandatangani tempoh persaraan pada usia 58 tahun tetapi kemudiannya memilih untuk bersara awal akan diberi imbuhan ganjaran persaraan.

Bagaimanapun, mereka hanya akan menerima wang pencen apabila mencapai usia tersebut.

"Ini bermaksud, jika kakitangan awam bersara pada usia 56 tahun, mereka terpaksa menunggu sehingga berusia 58 tahun sebelum mengeluarkan wang pencen.

"Namun, peraturan itu dimansuhkan dengan pengenalan Perkhidmatan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang tidak diperjelaskan kepada mereka.

"Mereka yang bersetuju untuk bekerja sehingga usia 60 tahun tetapi bersara sebelum usia itu akan menerima wang pencen pada tarih persaraannya," katanya dalam satu temu ramah.

Omar berkata, kakitangan awam yang tidak menandatangani tempoh lanjutan usia persaraan bimbang jika mereka bersara awal, mereka terpaksa menunggu beberapa tahun lagi sebelum dibenarkan mengeluarkan wang pencen.

"Selepas kami menjelaskan mengenai peraturan baru itu, mereka mahu menandatangani syarat tersebut tetapi tarikh akhir sudah tamat. Kami berharap kerajaan boleh memberi peluang kedua kepada mereka untuk berbuat demikian," katanya.

Tarikh akhir untuk mengubah usia persaraan kepada 60 tahun telah ditutup pada 30 Disember lalu manakala kakitangan awam masih boleh menandatangani tawaran skim SPBA sehingga 15 Januari ini.

Omar berkata, ada segelintir kakitangan awam menandatangani tawaran itu tanpa memahami peraturan baru mendakwa pegawai yang diarahkan untuk menjelaskan perkara tersebut kurang berpengalaman atau tidak tahu mengenai isu berkenaan.

Sebaliknya, mereka berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) seharusnya menghantar pegawainya untuk menjelaskan secara terperinci berhubung tawaran baru itu.

"Saya meminta untuk bertemu dengan Ketua Pengarah bagi membincangkan mengenai kebenaran kepada kakitangan awam untuk menandatangani lanjutan usia persaraan kepada 60 tahun.

"Memandangkan mereka tidak diterangkan dengan terperinci, saya rasa lebih adil jika kakitangan awam diberi peluang untuk menandatangani tawaran itu," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan