Jakim Sambut Baik Cadangan Wajibkan Kursus Pasca Perkahwinan

Diterbitkan: Khamis, 12 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyambut baik cadangan agar kursus pasca perkahwinan diwajibkan untuk semua pasangan suami-isteri, sebagai satu langkah proaktif mengatasi trend perceraian selepas kahwin yang semakin serius di negara ini.

Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti Jakim (KSK), Saimah Mukhtar berkata pihak beliau sememangnya mempunyai pemikiran ke arah itu memandangkan modul untuk kursus pasca perkahwinan sudah disediakan.

Namun, pada masa ini Jakim masih belum mewajibkan peraturan berkenaan.

"Apakah kita perlu sampai modul kursus pasca perkahwinan diwajibkan? Perkara itu sedang kita fikirkan dengan pihak-pihak berkaitan sebelum tindakan susulan diambil," kata beliau ketika ditemuramah dalam Program Kerusi Panas terbitan Bernama Radio24, Rabu.

Katanya bermula tahun ini, sebuah panel yang diberi nama Panel Pemikir Sosial Umat Islam akan diwujudkan khusus untuk membuat kaji selidik terhadap punca sebenarnya pasangan-pasangan suami isteri yang bercerai mengambil keputusan yang sukar itu.

Panel itu juga harap dapat mengenal pasti faktor pemangkin kepada ketidaksefahaman antara pasangan suami isteri yang bercerai, katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Saimah berkata Jakim tidak menolak kemungkinan bahawa jumlah kes perceraian tidak berdaftar di negara ini adalah lebih tinggi daripada kes perceraian yang berdaftar.

Kemungkinan itu, kata beliau berpunca daripada tindakan bercerai yang dibuat di luar mahkamah, di luar rumah ataupun perkahwinan mereka belum dibubarkan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan