Hasan Ali Sedang Bercuti, Tidak Hadiri Mesyuarat Exco

Diterbitkan: Khamis, 12 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali, yang dipecat daripada parti baru-baru ini, tidak menghadiri mesyuarat Exco kerajaan Selangor, pada Rabu kerana beliau sedang bercuti.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Iskandar Abdul Samad berkata mesyuarat, Rabu, tidak membincangkan portfolio Hasan selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor.

"Mesyuarat Exco hari ini hanya berbincang mengenai program kendalian kerajaan negeri bagi faedah rakyat di negeri ini," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat Exco di sini.

Sebelum ini, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta Hasan mengosongkan jawatan Exconya secara sukarela kerana beliau telah dipecat daripada PAS dan tidak lagi mewakili parti itu dalam kerajaan negeri.

Hasan dipecat daripada PAS pada Ahad kerana tindakannya yang dikatakan menyalahi dan merugikan kepentingan parti itu.

Ditanya tentang kemungkinan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman mengambil alih sebagai Exco Hal Ehwal Islam negeri, Iskandar berkata:

"Saya tidak mahu mendahului jawatankuasa pusat PAS dalam perkara ini.

"Tunggu sajalah arahan selanjutnya daripada Presiden parti (Datuk Seri Abdul Hadi Awang)," katanya.

Sementara itu, Exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab terhadap pihak berkuasa tempatan, Ronnie Liu Thian Kiew berkata rakyat di Selangor boleh menggunakan talian hotline 1800-88-2824 menjelang Selasa depan (17 Jan) untuk mengemukakan aduan kepada pihak berkuasa tempatan mengenai sampah yang tidak dikutip, termasuk perbuatan membuang sampah besar-besaran secara sengaja di selekoh jalan di kawasan mereka.

Beliau berkata perkhidmatan itu akan beroperasi dari 8 pagi hingga 6 petang setiap hari.

Ronnie berkata aduan masih boleh dibuat selepas 6 petang menerusi rakaman suara. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan