Guan Eng 'Dihadiahkan' Replika Jentolak

Diterbitkan: Khamis, 12 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang pengusaha bengkel motor di sini, pada Rabu cuba "menghadiahkan" Ketua Menteri Lim Guan Eng dengan sebuah replika berbentuk bengkel, tandas dan jentolak sempena ulang tahun pertama premis Mega Xtreme Motornya dirobohkan.

Bagaimanapun pengusaha bengkel itu, Mohd Yacoob Mohd Nor 23, yang diiringi beberapa anggota Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Pulau Pinang gagal menyerahkan "hadiah" itu kepada Lim kerana tidak dibenarkan berbuat demikian oleh pengawal keselamatan.

Setelah menunggu hampir 45 minit, pengawal keselamatan di ruang legar pejabat kerajaan negeri di tingkat 3, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini meminta mereka meninggalkan "hadiah" itu di kaunter pengawal.

Mohd Yacoob berkata beliau memberikan "hadiah" itu kerana tidak berpuashati dengan tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) merobohkan bengkelnya pada 11 Jan tahun lepas.

Lesen dan tanah di mana bengkel itu terletak adalah milik persendirian dan bukannya tanah kerajaan negeri dan tindakan merobohkan tidak sepatutnya dilakukan kerana notis perlu diberi terlebih dahulu, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Selepas bengkelnya dirobohkan, beliau telah menghantar sepucuk surat kepada Yang Dipertua MPPP untuk mendapatkan sebab bengkel itu dirobohkan dan sehingga kini masih belum mendapat sebarang maklum balas. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan