Geran Kerajaan dan Wang Zakat Disimpan Dalam Akaun Sama:Che Mat

Diterbitkan: Khamis, 12 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali pada Khamis sekali lagi menegaskan dakwaan penggunaan wang zakat bagi pembayaran kos guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan dua yang lain adalah tidak benar.

Sambil menegaskan pembayaran tersebut dibuat dengan menggunakan peruntukan geran kerajaan, Che Mat yang juga setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), berkata dakwaan seperti itu timbul mungkin disebabkan semua peruntukan atau dana daripada kerajaan dan wang zakat dimasukkan ke dalam akaun yang sama.

"Sumbangan atau dana daripada kerajaan memang kita masukkan di dalam akaun yang sama, iaitu akaun zakat, cuma dimasukkan sementara tetapi akaun banknya adalah sama.

"Kalau kita nak ambil duit itu (dana kerajaan) bagi digunakan untuk pembayaran kos guaman pun boleh, tak ambil pun boleh dan jika nak ambil duit zakat pun tidak mengapa, asalkan untuk memartabat kredibiliti dan kehormatan MAIWP dalam menguruskan hal ehwal dan warga Islam di Wilayah Persekutuan," katanya kepada pemberita selapas majlis pengumuman prestasi kutipan zakat Pusat Pungutan Zakat (PPZ)-MAIWP 2011 di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan dakwaan penyelewengan wang zakat MAIWP bagi pembayaran kos guaman beliau, Jamil Khir dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain dalam kes qazaf Anggota Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata geran kerajaan sebanyak RM700,000 yang diterima MAIWP tahun lepas bagi tujuan pembayaran untuk kes tertentu seperti mempertahankan kredibiliti pengurusan hal ehwal undang-undang yang bersabit dengan MAIWP apabila majlis itu disaman dan sebagainya memang dimasukkan ke dalam akaun yang sama, iaitu akaun zakat dan pengeluaran untuk pembayaran kos guaman untuk situasi seperti didakwa adalah dibolehkan.

Che Mat berkata penggunaan wang zakat untuk kos guaman dalam kes yang berkaitan adalah mengikut hukum syarak dan selaras dengan undang-undang yang berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan berdasarkan keputusan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan (JPHSWP) dalam mesyuarat yang diadakan pada 3 Sept 2009 yang meluluskan sebanyak RM205,000 bagi perbelanjaan undang-undang di bawah asnaf fisabilillah.

"Maknanya kalau kita nak bayar kos tu guna duit kerajaan pun boleh, nak ambil duit zakat pun boleh, sebab fisabilillah untuk mempertahankan maruah institusi agama di Wilayah Persekutuan, maka boleh kita gunakan duit zakat.

"Tetapi hari ini saya nak jelaskan kita bayar duit guaman itu guna dana kerajaan, kita tak ambil duit zakat walaupun kita boleh juga ambil duit zakat seperti yang dijelaskan Mufti Wilayah Persekutuan semalam," katanya.

Mengenai kenyataan Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad yang menolak penafian Jamil Khir berhubung perkara itu dan akan membuat laporan polis kerana menyeleweng wang zakat, Che Mat berkata terpulang kepada mereka.

"Saya tak ada nak komen, itu ikut dia la, kita ada bukti dan dokumen tapi semua itu (laporan polis) terpulang pada dia," katanya.

Sementara itu Pengerusi Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP), Datuk Mustafa Abdul Rahman berkata jumlah kutipan zakat PPZ-MAIWP pada 2011 adalah sebanyak RM341,330,169.85 meningkat 24 peratus berbanding RM275,635,424.93 tahun sebelumnya.

Katanya peningkatan itu turut dibantu dengan pertambahan bilangan pembayar zakat sebanyak 13 peratus kepada 100,497 pembayar berbanding 89,110 pada 2010.

Beliau berkata bilangan pembayar zakat perniagaan turut meningkat daripada 1,427 pembayar zakat pada tahun 2010 kepada 1,571 pembayar pada tahun lepas, peningkatan sebanyak 10 peratus membawa kepada kutipan keseluruhan zakat perniagaan berjumlah RM54,879,599.26, meningkat 63 peratus daripada RM33,622,330.60 tahun sebelumnya.

Mustafa berkata bayaran zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP yang dilancarkan pada 4 Ogos 2011 juga positif iaitu sehingga akhir Disember lepas mengutip sebanyak RM1,144,523.04 dengan bilangan pembayar seramai 1,074 orang.

Katanya untuk tahun ini, PPZ menyasarkan untuk mengutip RM360 juta dengan 108,500 pembayar. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan