Dua Bangunan Pencakar Langit Bakal Ubah Wajah Kuala Terengganu

Diterbitkan: Khamis, 12 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Wajah bandar Kuala Terengganu akan berubah apabila dua bangunan kembar masing-masing setinggi 30 tingkat yang sedang dalam pembinaan siap dua tahun lagi.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata kedua-dua bangunan pencakar langit itu sedang dibina berhampiran muara sungai Terengganu.

"Ini satu mercu tanda bandar Kuala Terengganu pada masa akan datang," katanya di sini.

Ahmad berkata bangunan pertama merupakan sebuah kondominium 24 tingkat dengan 408 unit kediaman dan enam tingkat tempat letak kereta bernilai lebih RM80 juta.

Beliau berkata rumah itu akan dijual dan keutamaan diberi kepada penduduk Kampung Ladang, Ladang Sahak, Ladang Tok Pelam dan Tanjung, di sini, yang terlibat dengan pengambilan balik tanah untuk pembangunan.

Bagaimanapun, Ahmad berkata harga rumah berkenaan akan ditentukan setelah mengambil kira kos tanah dan kos pembinaan.

Beliau berkata sebuah lagi bangunan akan menempatkan Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT) yang pada masa ini menyewa di bangunan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu.

Ahmad berkata pelan akhir bangunan itu sedang disiapkan dan projek itu akan dilancarkan dalam masa terdekat ini.

"Kosnya belum diketahui lagi," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan