Tempoh Pendaftaran Dan Pengampunan Program 6P Tidak Dilanjutkan

Diterbitkan: Rabu, 11 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri tidak akan melanjutkan tempoh pendaftaran dan pengampunan di bawah Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P), yang tamat pada Selasa.

Ketua Setiausaha kementerian Tan Sri Mahmood Adam berkata bagaimanapun proses permohonan pemutihan diteruskan bagi Pekerja Asing Tanpa Izin (Pati) yang telah berdaftar sebelum ini.

"Secara pentadbiran, proses permohonan pemutihan Pati yang telah berdaftar dalam tempoh 1 hingga 31 Ogos tahun lepas tetap akan diteruskan.

"Pertimbangan ini dibuat di atas rayuan para majikan bagi melengkapkan proses pemutihan, pengeluaran dokumen yang berkaitan dan temu duga dengan agensi kawal selia," katanya dalam kenyataan, di sini, Selasa.

Beliau berkata majikan yang masih belum berbuat demikian dinasihatkan berurusan segera di lapan Pusat Sehenti termasuk di Ibu pejabat Jabatan Imigresen di Putrajaya dan Ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya.

"Majikan juga dinasihatkan supaya mengambil peluang dari keputusan ini untuk memastikan agar semua pekerja mereka dapat diputihkan dalam tempoh terdekat sebelum penguatkuasaan dilaksanakan secara besar-besaran," katanya.

Sehingga Selasa, sejumlah 323,093 orang Pati membabitkan 21,956 majikan telah diputih dan diampunkan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan