Mercy Malaysia Rancang Kembangkan Projek Kemanusiaan Di Somalia

Diterbitkan: Rabu, 11 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) akan membangunkan satu projek baru bagi kanak-kanak Somalia yang dipanggil "The Children Friendly Space Programme", bagi memastikan kesejahteraan hidup mereka dipelihara daripada keadaan ganas dan sukar di negara itu.

Badan bukan kerajaan itu juga merancang untuk membangun dan mengembangkan projek kemanusiaannya yang sedang berjalan di Somalia, dan telah menghantar sepasukan dua orang untuk meninjau mengenainya, Isnin lepas," kata Mercy Malaysia dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Misi dua minggu itu diketuai Ketua Operasi Bantuannya Hew Cheong Yew dan disertai ahli paedriatrik Dr Wan Ariffin Abdullah merupakan satu susulan daripada respons kemanusiaan dan perubatan tahun lepas berikutan peningkatan mendadak dalam situasi kebuluran dan komplikasinya seperti kekurangan zat di Somalia, kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, pasukan dua orang itu dijangka tiba di Mogadishu, Somalia, pada Rabu dan akan menyertai pasukan Mercy Malaysia yang berpangkalan di sana.

Berikutan musim kemarau tahun lepas dan keadaan kebuluran di negara itu, situasi kekal kritikal di mana sekurang-kurangnya 250,000 rakyat Somalia berada dalam keadaan bahaya kekurangan zat, sakit dan kelaparan dengan lebih banyak lagi memerlukan bantuan kemanusiaan.

"Dengan mengambil kira perkembangan seperti ini, Mercy Malaysia melaksanakan projek bantuan perubatan di Somalia, yang antara lain termasuk menubuhkan klinik bergerak, program pemberian makanan tambahan dan menggalakkan kebersihan," kata kenyataan itu.

Oleh itu, tabung bantuan Somalia Mercy Malaysia memerlukan sumbangan di mana orang ramai boleh menyumbang melalui akaun Maybank Mercy "Tabung Kemanusiaan Mercy" dengan nombor akaun 5621-7950-4126 atau akaun Bank CIMB "Mercy Malaysia" nombor akaun 1424-000-6561053.

Untuk keterangan lanjut atau untuk menyumbang secara online, orang ramai boleh melayari laman web di www.mercy.org.my. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan