Keputusan Kes Anwar Bukti Kebebasan Badan Kehakiman Di Malaysia - Penganalisis

Diterbitkan: Rabu, 11 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pembebasan dan pelepasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya membuktikan bahawa badan kehakiman Malaysia adalah sebuah badan bebas, kata penganalisis politik Ong Kian Ming yang dipetik oleh Asia News Network.

Ong, yang juga pakar analisis pilihan raya, berkata keputusan itu membuktikan kerajaan tidak campur tangan dalam urusan badan kehakiman.

Katanya keputusan itu juga akan membantu memulihkan kewibawaan Barisan Nasional (BN) dan menaikkan lagi imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai reformis yang bersikap sederhana.

Asia News Network memetik Ong sebagai berkata kini Najib boleh meneruskan usaha membina momentum sedia ada dengan menunaikan janji beliau untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri di Parlimen, Mac ini.

Katanya pengumuman tentang pemansuhan undang-undang tidak popular itu yang dibuat September lepas, membawa banyak pujian terhadap Najib.

"Berikutan perkembangan yang ada sekarang, eloklah pilihan raya tidak dilewat-lewatkan lagi," kata Ong.

Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin melepaskan dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sementara itu, asiancorrespondent.com memetik para penganalisis politik sebagai berkata pembebasan Anwar adalah sesuatu yang "memeranjatkan" dan mereka percaya perkembangan ini akan memberi kemenangan moral yang begitu penting kepada BN dan pakatan pembangkang ketika pilihan raya umum ke-13 negara ini dijangka diadakan tidak lama lagi.

"Pembebasan ini berkemungkinan menaikkan nama baik Najib. Memandangkan Anwar telah dibebaskan, Najib boleh mendakwa bahawa program transformasinya (terutama Program Transformasi Kerajaan) sedang membuahkan hasil," kata Shaun Levine, penganalisis hal ehwal Asia di Eurasia Group, sebuah firma penasihat politik berpejabat di Washington DC. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan