1,000 Usahawan Bekas Tentera Tidak Berpencen Diwujudkan Setiap Tahun

Diterbitkan: Rabu, 11 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLUANG: Kementerian Pertahanan akan mewujudkan 1,000 usahawan daripada kalangan bekas anggota tentera tidak berpencen pada setiap tahun bermula tahun ini, kata Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

Beliau berkata, kerajaan memperuntukkan RM50 juta bagi program tersebut yang akan dilaksanakan dengan kerjasama Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat).

"Satu makmal yang menggabungkan kepakaran ahli akademik dan agensi-agensi kerajaan berkenaan keusahawanan yang dipengerusikan ketua pengarah Perhebat akan menyediakan modul program itu," katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) di Kem Mahkota, Rabu.

Katanya, pihaknya telah menjelajah seluruh negara dalam usaha mengumpul data dan mencari calon-calon yang sesuai di kalangan bekas anggota tentera tidak berpencen untuk menjadi usahawan.

Dr Abdul Latiff yang juga pengerusi jawatankuasa pemandu program itu berkata, kini terdapat kira-kira 125,000 bekas anggota tentera tidak berpencen di seluruh negara.

"Kerajaan amat serius untuk membantu bekas-bekas anggota tentera," katanya sambil menambah, program keusahawanan turut menjalankan ujian "psychological-metric", bertujuan memilih calon yang menepati kriteria untuk menjadi usahawan. Dr Abdul Latiff berkata, peruntukan RM50 juta itu akan digunakan untuk memberikan latihan kepada calon-calon usahawan terbabit dan bukan sebagai pinjaman untuk memulakan perniagaan.

Katanya, usahawan yang lahir daripada program terbabit boleh memohon untuk mendapatkan pinjaman perniagaan daripada pelbagai agensi kerajaan seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tekun dan bank-bank tempatan.

Mengenai SBPA pula katanya, selaras dengan pelaksanaannya mereka yang berminat untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mesti memiliki kelulusan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan