Tiada Desakan Untuk Pecat Hasan: MB Selangor

Diterbitkan: Selasa, 10 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Menteri Besar Selangor menegaskan kerajaan Selangor tidak menerima sebarang desakan untuk memecat Exco Kerajaan Negerinya, Datuk Dr Hasan Ali daripada jawatannya itu.

"Kami tidak didesak oleh mana-mana parti untuk menyingkirkan Hasan tetapi ia sebagai langkah susulan kerana PAS telah memecatnya.

"Ini bermaksud beliau tidak lagi mewakili PAS dalam kerajaan negeri Pakatan Rakyat dan budaya ini turut diamalkan oleh Barisan Nasional.

"Ia akan lebih adil dan tepat jika kita mendengar dan berpegang teguh kepada keperluan dan kehendak rakan sekutu," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Sehingga hari ini, Khalid berkata, kerajaan negeri tidak menerima surat bertulis daripada Jawatankuasa PAS Pusat berhubung pemecatan Hasan daripada parti itu.

"Tidak. Kami masih belum menerima sebarang surat daripada PAS bahawa beliau (Hasan) digugurkan dari parti.

"Namun pemecatannya menjadi tajuk berita dan saya diberitahu bahawa PAS akan menghantar nama calon sebagai penggantinya," katanya.

Pada Ahad, Hasan dipecat keahliannya oleh Jawatankuasa PAS Pusat ekoran tindakan kontroversinya yang bertentangan dengan dasar parti.

Hasan merupakan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor.

Menurut sumber dari pejabat Menteri Besar, beliau boleh mengambil alih portfolio Hasan di negeri itu jika tiada persetujuan daripada Sultan untuk pelantikan itu.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan