SPR Tidak Jadikan Faktor Kesihatan Syarat Calon Untuk Bertanding

Diterbitkan: Selasa, 10 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan menjadikan faktor kesihatan sebagai syarat bagi seseorang calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata faktor kesihatan calon terpulang kepada parti politik untuk dijadikan pertimbangan dan ia bukan menjadi urusan SPR bagi menghalang seseorang daripada bertanding.

"Masalah kesihatan boleh terjadi kepada sesiapa. Jadi, SPR tidak boleh letak faktor kesihatan untuk menghalang orang daripada bertanding. Kita tidak boleh hendak letak syarat baru kerana orang yang sihat pun boleh jatuh sakit secara tiba-tiba," katanya kepada pemberita selepas taklimat persediaan menghadapi PRU ke-13 kepada pegawai pengurus dan penolong pegawai pengurus pilihan raya Johor, di sini, Selasa.

Wan Ahmad berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada SPR akan menasihatkan parti supaya meletakkan calon yang sihat untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Dalam tempoh empat tahun, beliau berkata 16 pilihan raya kecil telah diadakan di negara ini di mana sebahagian besar daripadanya adalah disebabkan kematian wakil rakyat atas faktor kesihatan.

Katanya sebagai badan yang bebas dan adil, SPR tidak akan sesekali masuk campur mahupun memberi nasihat kepada parti politik berhubung perkara berkenaan.

Dalam pada itu, Wan Ahmad berkata seramai 3.6 juta rakyat negara ini yang layak mengundi direkodkan masih belum berdaftar dengan SPR yang sekaligus dilihat merugikan negara.

Beliau berkata SPR sudah membuat pelbagai usaha untuk membolehkan mereka berdaftar namun ia masih dipandang remeh dengan pelbagai alasan dikemukakan.

"Ada yang beri alasan sibuk, tidak mempunyai masa dan sebagainya sedangkan urusan untuk mendaftar hanya sekejap dan mudah sahaja," katanya.

Mengenai persiapan pilihan raya di negeri ini, beliau berkata SPR melantik seramai 25,000 petugas termasuk 26 pegawai pengurus pilihan raya dan 90 penolong pegawai pengurus pilihan raya bagi melancarkan proses pilihan raya di negeri ini.

Beliau berkata dengan hampir 1.5 juta pengundi, sebanyak 908 pusat mengundi dibuka di negeri ini yang membabitkan sekolah, dewan dan stadium.

SPR katanya menjangkakan dapat menyelesaikan segala urusan taklimat dan latihan kepada seluruh petugas pilihan raya di negara ini, Mac depan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan