Setiap Calon DAP Hanya Tandingi Satu Kerusi Pada PRU Akan Datang - Karpal Singh

Diterbitkan: Selasa, 10 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setiap calon DAP akan hanya bertanding di satu kerusi pada pilihan raya umum akan datang, kata Pengerusi Kebangsaan parti Karpal Singh, Selasa.

Beliau berkata amalan baru itu bagi memastikan calon terbabit dapat memberi perhatian penuh kepada kawasannya jika dia memenangi kerusi yang ditandingi.

"Tiada lagi dua kerusi, tidak seperti masa kami, kami dulu tidak mempunyai calon yang mencukupi. Sekarang keadaan sudah berubah, kami mempunyai ramai calon dan kami mesti beri peluang kepada yang lain. Saya ambil serius isu ini, tiada lagi kerusi berganda dalam DAP," katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini.

Bagaimanapun kata Karpal, keputusan itu tidak meliputi Sabah dan Sarawak memandangkan DAP tidak mempunyai ramai calon di kedua-dua negeri berkenaan.

Ditanya sama ada parti lain dalam pakatan pembangkang akan melakukan perkara serupa, beliau berkata:

"Kami (DAP) tidak boleh campur tangan dengan pakatan, tetapi pakatan wajar mencontohi jejak langkah DAP."

Katanya walaupun beliau tidak boleh mendesak rakan sekutu DAP dalam pakatan melaksanakan langkah itu, perkara tersebut akan dibangkitkannya pada mesyuarat bulanan jawatankuasa eksekutif pusat bulan depan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan