Pos Malaysia Dijangka Keluarkan 13 Koleksi Setem Tahun Ini

Diterbitkan: Selasa, 10 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pos Malaysia dijangka mengeluarkan 13 koleksi setem istimewa pelbagai tema sepanjang tahun ini, menurut Ketua Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia, Yasmin Ramli.

Beliau berkata, jika tiada penambahan, Pos Malaysia dijangka mengeluarkan sebanyak 13 koleksi setem pada tahun ini, antaranya koleksi Persidangan Gas Sedunia 2012 dan Definitif Siri Negara, berbanding sebanyak 14 koleksi setem yang dihasilkan pada tahun lepas.

"Bagi tahun ini koleksi pertama setem dan filateli yang akan dikeluarkan bermula Khamis ini ialah koleksi setem bertemakan warisan tenun yang memaparkan lima jenis warisan tenunan iaitu Songket, Kain Cindai, Sutera Cina, Pua Kumbu dan Rangkit.

"Pos Malaysia memilih koleksi ini sebagai koleksi pertama bagi tahun ini kerana bagi menghargai seni tekstil dan warisan tenun tradisional yang telah diperkenalkan oleh para pedagang semenjak 2,000 tahun lalu lagi," katanya kepada pemberita semasa merasmikan koleksi setem tenun warisan di Galeri Setem Pos Malaysia di sini Selasa.

Setiap denominasi setem berukuran 35mm x 45mm yang dicetak di atas kertas tera ais bersalut fosfor dijual 60 sen setiap satu, manakala sampul surat hari pertama berharga 50 sen yang dicetak sebanyak 30,000 unit boleh dibeli di pejabat-pejabat Pos di seluruh Malaysia pada Khamis ini.

Folder berharga RM5.50 tiap satu bagaimanapun hanya boleh didapati di pejabat pos terpilih sahaja. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan