Lebih 6,000 Pencarum KWSP Daftar Haji Dalam Tempoh Lima Hari

Diterbitkan: Selasa, 10 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 6,270 pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) beragama Islam telah membuat pendaftaran haji dengan Lembaga Tabung Haji (TH) sejak pendaftaran dibuka pada 3 Januari lepas hingga Isnin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kemudahan itu, yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Belanjawan 2012, mendapat sambutan menggalakkan apabila secara purata TH menerima hampir 1,000 permohonan sehari sejak 3 Januari lalu.

"Pada hari pertama, kaunter kita penuh, kerana ramai orang yang ingin mendaftar untuk menunaikan haji.

"Bagi mereka yang telah cukup duit, mereka perlu mencukupkan simpanan sebanyak RM9,980 mengikut kadar sekarang (untuk menunaikan haji)," katanya kepada pemberita selepas majlis kesyukuran tamat operasi haji 1432H di sini, Selasa.

Beliau turut menyampaikan cenderahati kepada wakil jabatan dan agensi termasuk media yang membuat liputan haji pada musim lalu seperti Bernama, TV3 dan RTM. Bernama diwakili oleh Ketua Biro Putrajaya Abdul Aziz Harun.

Pada pembentangan Belanjawan 2012, Najib telah mengumumkan skim pengeluaran KWSP untuk pendaftaran haji dilaksanakan mulai 3 Jan, iaitu pencarum KWSP yang mempunyai simpanan minimum RM1,300 boleh mendaftar haji di mana-mana kaunter TH.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP Nik Affendi Jaafar dalam kenyataan sebelum ini berkata, di bawah Kemudahan Pendaftaran Haji Pencarum KWSP, pencarum boleh membuat pendaftaran mengunakan simpanan Akaun 1 di semua cawangan TH untuk mendapatkan giliran menunaikan haji.

Katanya pendaftaran haji itu juga boleh dibuat di semua cawangan Bank Rakyat dan Bank Islam seluruh negara mengikut prosedur yang ditetapkan oleh TH dan pencarum KWSP hanya perlu membawa MyKad dan penyata KWSP terkini.

Mengenai kuota jemaah haji tahun ini, Jamil Khir berkata pihaknya akan mengemukakan permohonan kuota tambahan pada mesyuarat bagi membincangkan keseluruhan operasi haji lepas dan persiapan haji akan datang, yang akan diadakan pada April di Jeddah, Arab Saudi.

"Biasanya asas tambahan kuota adalah berdasarkan kepada 0.1 peratus daripada jumlah penduduk umat Islam di seluruh negara. Ini adalah keputusan mesyuarat OIC yang dibuat secara bersama. Indahnya Malaysia ini, kadar 0.1 peratus itu adalah berdasarkan keseluruhan bilangan penduduk termasuk yang bukan Islam," katanya.

Sementara itu, beliau berkata kos untuk mengerjakan haji bagi jemaah haji negara ini adalah yang paling rendah berbanding negara lain seperti Thailand (RM16,000), Singapura (RM18,000), Indonesia (RM15,000-RM18,000) dan Brunei (RM18,000).

"Hanya rakyat Malaysia yang menikmati kadar sebanyak RM9,980 untuk menunaikan rukun Islam kelima itu dan ia merupakan usaha kerajaan bagi memberi keselesaan kepada rakyatnya," kata beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan