Kementerian Pertahanan Salahkan Google Translate Mengenai Kesilapan Terjemahan Bahasa Inggeris

Diterbitkan: Selasa, 10 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

RAWANG: Kementerian Pertahanan bergantung kepada sistem Google Translate secara percuma untuk menterjemahkan kod berpakaian kakitangannya bagi versi Inggeris di laman web kementerian tersebut yang memperlihatkan banyak kesilapan.

"Kami telah membuat pembetulan berhubung terjemahan itu. Ia kini diterjemahkan secara manual," kata Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sini, Isnin.

Beliau mengakui terjemahan yang tidak tepat itu memalukan kementerian.

Baru-baru ini, The Star melaporkan bahawa berlaku kesilapan dalam terjemahan berhubung kod berpakaian kakitangannya dalam laman web kementerian itu yang turut disebarkan dalam laman web sosial.

Laman web kementerian itu menyiarkan terjemahan seperti 'clothes that poke eye', apabila diterjemahkan secara literal adalah pakaian yang menjolok mata bermaksud pakaian yang mendedahkan dalam Bahasa Malaysia.

Carian lain termasuk: “collared shirts and tight Malay civet berbutang three” di mana dalam Bahasa Malaysia sebenarnya bermaksud “baju Melayu berkolar cekak musang dengan tiga butang”.

Selain itu adalah ringkasan sejarah kementerian di laman web yang berbunyi,“After the withdrawal of British army, the Malaysian Government take drastic measures to increase the level of any national security threat.”

Maksud sebenar ringkasan itu dalam Bahasa Malaysia adalah, “Selepas pengunduran tentera British, Kerajaan Malaysia mengambil langkah drastik untuk meningkatkan tahap keselamatan negara dari sebarang ancaman.”

Kementerian itu telah pun mengeluarkan versi terjemahan Bahasa Inggeris itu dari laman web beberapa jam selepas ia disebarkan secara meluas di Facebook dan Twitter.

Jurucakap kementerian itu berkata, satu penjelasan telah dibuat dan diletakkan di laman web tersebut pada Khamis.

Penjelasan itu pada laman web berkata, pembetulan sedang dilakukan pada perisian yang digunakan untuk terjemahan lebih tepat diperoleh.

"Kami tidak berniat menterjemahkan perkataan tersebut dalam bahasa Inggeris seperti itu," kata Zahid ketika lawatan ke kem Program Khidmat Latihan Negara (PLKN) di sini.

Bagaimanapun, pemeriksaan di laman web itu menunjukkan terjemahan bahasa Inggeris itu sudah dikeluarkan.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan