Hanya Tiga Peratus Rakyat Malaysia Derma Darah 2010-2011

Diterbitkan: Selasa, 10 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hanya tiga peratus rakyat Malaysia menderma darah dalam tempoh dua tahun lalu, jauh daripada sasaran 10 peratus.

Pegawai Perubatan di Pusat Darah Negara Dr Ombala Shanmuga berkata ia bagaimanapun menunjukkan sedikit peningkatan daripada rekod pada 2007 dan 2008 tetapi masih banyak kempen perlu dilakukan untuk meningkatkan kesedaran rakyat untuk mencapai sasaran berkenaan.

"Negara seperti Amerika Syarikat sudah mencapai kira-kira 30 peratus daripada rakyat mereka yang menderma darah tetapi di Malaysia kita belum mencapai pun sasaran 10 peratus," katanya kepada Bernama sempena Kempen Derma Darah anjuran bersama PDN dan Pusat Kecemerlangan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di Wisma Bernama di sini Selasa.

Menurut Dr Ombala, PDN setiap hari menjalankan kempen di lima lokasi pada hari bekerja dan sehingga lapan lokasi pada hujung minggu bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang betapa pentingnya menderma darah.

"Setiap penderma kita hanya mengambil kira-kira 450ml darah mereka dan darah dari seorang individu mampu menyelamatkan nyawa tiga orang individu lain yang memerlukan pemindahan darah kepada mereka," katanya.

Antara yang menderma darah hari ini ialah Timbalan Ketua Pengarang, Perkhidmatan Berita Ekonomi Bernama, Datuk Zakaria Abdul Wahab yang kerap menderma darah sejak kali pertama melakukannya pada tahun 2001.

"Semenjak kali pertama saya menderma darah, saya akan melakukannya paling kurang sekali setiap tahun demi membantu mereka yang memerlukan darah. Saya menderma juga untuk kesihatan kerana menderma darah membolehkan proses pembinaan sel darah merah baru lebih cepat," katanya.

Pembantu Khas Editor Perkhidmatan Berita Antarabangsa Bernama, Rodziah Idris, yang pertama kali menderma darah pula berkata beliau menderma darah kerana kagum dengan kesungguhan mereka yang selalu menderma darah.

Kempen derma darah di Wisma Bernama, yang berlangsung dari 10 pagi hingga 3 petang itu, dikendalikan lapan kakitangan PDN termasuk seorang doktor. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan