Guan Eng Anggap Anwar Pemimpin Paling Bersih Jadi PM

Diterbitkan: Selasa, 10 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Pakatan pembangkang mengulangi pendirian bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilantik Perdana Menteri sekiranya mereka memenangi pilihan raya umum ke-13 nanti kerana beliau dianggap "paling bersih".

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata tiada pemimpin Parti Keadilan Rakyat, DAP dan Pas yang lebih layak daripada Anwar untuk menjadi Perdana Menteri yang ketujuh sekiranya pakatan mereka menang pilihan raya akan datang.

"Ini bukan soal kita bela Anwar saja tetapi kita bela kerana beliau saja (pemimpin di negara ini) yang paling bersih untuk menjadi Perdana Menteri," katanya ketika berucap pada Himpunan Rakyat Menuntut Keadilan di Tapak Ekspo Seberang Jaya di sini malam Isnin.

Perhimpunan anjuran PKR itu adalah untuk memberi penerangan kepada orang ramai berhubung isu semasa serta meraikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang membebaskan dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 27, empat tahun lalu.

Terdahulu, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata sepanjang penganjuran perhimpunan aman oleh PKR, Pas dan DAP, tiada sebarang kekecohan yang berlaku kerana kehadiran peserta adalah untuk menuntut keadilan.

"Saya yakin selama 10 tahun pelbagai perhimpunan aman dilakukan, tiada sebarang insiden yang berlaku melainkan provokasi oleh Umno dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA)," katanya.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, pula berkata pihaknya kini dalam kaedah untuk menyerang BN bagi berdepan pilihan raya umum ke-13 berikutan pembebasan Anwar daripada tuduhan meliwat.

"Datuk Seri Anwar tidak masuk penjara jadi beliau boleh menjelajah ke seluruh negara, sama-sama merancang serta memberikan semangat untuk mengerakkan jentera parti untuk berdepan dengan pilihan raya," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan