Anwar Layak Jadi PM Kerana Beliau Paling Bersih - Guan Eng

Diterbitkan: Selasa, 10 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Pakatan Rakyat (PR) mengulangi pendirian bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi pilihan mereka untuk dicalonkan sebagai perdana menteri sekiranya mereka memenangi pilihan raya umum ke-13 nanti kerana beliau adalah pemimpin "paling bersih".

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata tiada pemimpin Parti Keadilan Rakyat, DAP dan Pas yang lebih layak daripada Anwar untuk menjadi perdana menteri yang ketujuh sekiranya pakatan menang pilihan raya akan datang.

"Ini bukan soal kita bela Anwar saja tetapi kita bela kerana beliau saja yang paling bersih untuk menjadi perdana menteri," katanya ketika berucap pada Himpunan Rakyat Menuntut Keadilan di Tapak Ekspo Seberang Jaya di sini malam tadi.

Perhimpunan anjuran PKR itu adalah untuk memberi penerangan kepada orang ramai berhubung isu semasa serta meraikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin yang membebaskan dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 27, tiga tahun lalu.

Terdahulu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata sepanjang penganjuran perhimpunan aman oleh PKR, Pas dan DAP, tiada sebarang kekecohan yang berlaku kerana kehadiran para penyokong mereka hanyalah untuk menuntut keadilan.

"Saya yakin selama 10 tahun pelbagai perhimpunan aman dilakukan, tiada sebarang insiden yang berlaku melainkan provokasi oleh Umno dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA)," katanya.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail pula berkata pihaknya kini dalam kaedah untuk menyerang BN bagi berdepan dengan pilihan raya umum ke-13 berikutan pembebasan Anwar daripada tuduhan meliwat.

"Datuk Seri Anwar tidak masuk penjara jadi beliau boleh menjelajah ke seluruh negara, sama-sama merancang serta memberikan semangat untuk mengerakkan jentera parti untuk berdepan dengan pilihan raya," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan