Penyokong Anwar Bersorak Gembira Lepas Mengetahui Keputusan Mahkamah - Berita Semasa | mStar

Penyokong Anwar Bersorak Gembira Lepas Mengetahui Keputusan Mahkamah

Diterbitkan: Isnin, 9 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Penyokong Anwar bersorak gembira selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin membebaskan Ketua Pembangkang itu daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Foto THE STAR Oleh SHAHRUL FAZRY ISMAIL.
Penyokong Anwar bersorak gembira selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin membebaskan Ketua Pembangkang itu daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Foto THE STAR Oleh SHAHRUL FAZRY ISMAIL.

KUALA LUMPUR: Kira-kira 5,000 penyokong perhimpunan 'Bebas Anwar 901' melaungkan perkataan "reformasi" selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan daripada pertuduhan meliwat pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari pada Isnin.

Keputusan itu diketahui seawal pukul 9.30 pagi.

Keadaan menjadi tegang seketika apabila seorang penyokong perhimpunan itu meluru keluar ke arah perkarangan luar kompleks mahkamah untuk memaklumkan berita itu.

Para penyokong masih berhimpun untuk menunggu Anwar keluar dari mahkamah.

Polis terpaksa mengeluarkan arahan kepada mereka supaya bertenang.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali kemudiannya mengesahkan perkara tersebut ketika ditemui di luar mahkamah.

"Datuk Seri Anwar tidak bersalah. Kita mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat yang hadir untuk berhimpun. Tolak BN, Hidup Rakyat," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan