Kod Bar Tidak Perlu Pada Kertas Undi - SPR

Diterbitkan: Isnin, 9 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kod bar tidak perlu digunakan pada kertas undi bagi menggantikan pengguna nombor siri sedia ada, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Beliau berkata, kerahsiaan undi tetap terjamin dengan penggunaan nombor siri kerana kertas undi hanya dikeluarkan kepada pengundi setelah semakan identiti dibuat.

Wan Ahmad berkata, penggunaan nombor siri bertujuan memastikan jumlah kertas undi dalam peti undi adalah sama dengan yang dikoyak daripada buku kertas undi serta mempunyai nombor siri serupa.

"Penggunaan nombor siri adalah lebih mudah, jika ada pertikaian, kita semak terus dengan buku kertas undi," katanya kepada Bernama, Ahad.

Beliau mengulas cadangan Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Panau Datuk Abdul Fattah Mahmood semalam supaya nombor siri pada kertas undi dihapuskan.

Wan Ahmad berkata, nombor siri pada kertas undi diguna pakai di kebanyakan negara seluruh dunia kerana ia merupakan cara yang cepat dan terbaik bagi mengetahui jumlah yang keluar mengundi.

Beliau berkata, parti politik di Malaysia perlu percaya dan yakin dengan sistem pilihan raya yang diamalkan sekarang kerana ia telah dipraktikkan sejak merdeka.

"Sistem kita telah berjalan dengan baik, dan kita (SPR) telah lakukan banyak penambahbaikan termasuk bercadang menggunakan dakwat kekal pada jari," katanya.

Selain itu, Wan Ahmad berkata, kertas undi yang digunakan semasa pilihan raya bukan kertas biasa sebaliknya diimport dan dicetak oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad dengan penuh kerahsiaan.

"Warnanya pun kita rahsiakan sehingga hari mengundi. Ia bukan warna sama pada setiap pilihan raya," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan