Anwar Bebas Kini Tunggu Masa Untuk Ke Mumbai & Turki - Berita Semasa | mStar

Anwar Bebas Kini Tunggu Masa Untuk Ke Mumbai & Turki

Diterbitkan: Isnin, 9 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibebaskan dari tuduhan liwat oleh Mahkamah Tinggi di sini pagi ini kini sudah pastinya berasa lega dan hanya menanti masa untuk menaiki pesawat ke Mumbai atas jemputan cucu kepada Mahatma Ghandhi.

Sepanjang ceramahnya di seluruh negara sejak beberapa hari yang lalu, Anwar telah memberitahu para pendengarnya bahawa sebaik sahaja perbicaraan ini selesai beliau akan berangkat ke Mumbai untuk menghadiri satu program memperjuangkan demokrasi.

Anwar seolah-olah sudah mengetahui akan keputusan yang bakal diterimanya dengan berkata demikian.

Malah beliau menyatakannya dengan wajah yang tersenyum. Mungkin kes perbicaraannya yang pertama banyak memberi pengalaman dan indikasi apa yang boleh beliau jangkakan daripada keputusan mahkamah hari ini.

Selepas Mumbai, Anwar akan ke Ankara, Turki pada 12 Januari iaitu Khamis ini.

Beliau juga dengan rasa bangga mengumumkan kepada para pendengar ceramahnya bahawa kunjungannya ke Turki adalah atas jemputan Perdana Menteri Tayyip Endorgan yang menurut beliau adalah rakan baiknya.

Malah kata Anwar, Endorgan telah menawarkan Turki sebagai rumah kedua jika beliau mahu meninggalkan Malaysia.

"Tetapi saya tolak. Saya kata, lawan tetap lawan...," kata Anwar.

Di Turki, menurut Anwar beliau akan menyampaikan ucaptama bertajuk "Islam, Kebebasan dan Keadilan."

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan