Tindakan Empat Anggota SPDP Keluar Parti Bukan Dipaksa

Diterbitkan: Ahad, 8 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LUNDU: Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Tan Sri William Mawan Ikom berkata empat anggota yang mengumumkan keluar parti itu semalam tidak pernah dipaksa berbuat demikian. Beliau berkata segala ruang dan masa sudah diberi kepada mereka untuk menyelesaikan masalah dalaman parti sejak dua tahun lalu, namun sikap mementingkan diri melebihi parti menggagalkan segala usaha itu.

"SPDP tidak pernah memaksa mereka untuk tinggalkan parti, namun telah banyak peluang diberi kepada mereka untuk menyelesaikan segala perselisihan," katanya ketika berucap pada majlis Malam Perpaduan SPDP Mas Gading malam Sabtu.

Mawan, yang juga Menteri Kanan merangkap Menteri Pembangunan Sosial, berkata SPDP mempunyai banyak forum untuk menyelesaikan masalah serta mekanisma sendiri dalam menangani isu dalaman parti tanpa memelukan campur tangan pihak luar.

Semalam, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru yang juga Menteri Muda Pembangunan Perindustrian Datuk Peter Nansian Ngusie, Anggota Parlimen Mas Gading Datuk Dr Tiki Lafe, ADUN Bekenu Rosey Yunus dan ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang mengumumkan keluar SPDP ekoran kegagalan menyelesaikan krisis kepimpinan parti yang diterajui Mawan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan