Pembekal Didakwa Buat Tuntutan Palsu Kos Pengangkutan Barangan Kawalan:SPRM

Diterbitkan: Ahad, 8 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penghantar barangan, pembekal dan ahli perniagaan yang diupah untuk menghantar barangan keperluan bersubsidi seperti gula, tepung dan minyak masak ke Sarawak didakwa melakukan tuntutan palsu daripada kos pengangkutan sebanyak RM105 juta yang ditanggung kerajaan setiap tahun.

Ekoran itu, anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Sarawak menahan beberapa individu yang terlibat dalam penyelewengan tersebut.

Menurut sumber, Sekretariat Majlis Harga Barang Negara (MHBN) bersetuju untuk menghantar barangan terkawal itu kepada penduduk luar bandar dengan bayaran kos pengangkutan sebanyak RM105 juta.

"Sebaliknya, mereka membuat tuntutan caj palsu dengan mendakwa melakukan 10 perjalanan apabila mereka hanya melakukan lima penghantaran walaupun kos pengangkutan sudah dipersetujui," katanya.

Menerusi sistem penghantaran barangan tersebut, penghantar barangan mendapatkan bekalan minyak diesel atau petrol dari stesen minyak dan menghantarnya ke kawasan luar bandar.

Tiada orang tengah terlibat dalam urusan tersebut.

Kerajaan menanggung kos pengangkutan itu bagi memastikan harga barangan tersebut di kawasan pedalaman sama seperti dinikmati pengguna di kawasan bandar.

SPRM mendapati beberapa penghantar barangan hanya melakukan lima kali perjalanan ke kawasan ditetapkan.

"Namun, mereka mendakwa melakukan 10 kali perjalanan," kata sumber itu.

Menurutnya, SPRM sedang mengesan para pembekal di beberapa negeri di Sarawak terutamanya yang beroperasi di Kuching, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.

SPRM menerima laporan daripada beberapa penduduk di kawasan berkenaan bahawa barangan keperluan tersebut gagal sampai seperti dijadualkan walaupun rekod menunjukkan berlaku penghantaran barangan.

SPRM dijangka menahan beberapa pembekal di mahkamah minggu depan.

MHBN ditubuhkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada 2008 untuk memastikan penduduk di luar bandar menikmati harga yang setara seperti di bandar.

Ia juga berfungsi untuk memantau barangan keperluan pengguna di pasaran, menyedia laporan berhubung Harga Barangan Keperluan Pengguna sebagai rujukan KPDNKK untuk meningkatkan pengagihan barangan keperluan bersubsidi agar dapat dimanfaatkan golongan sasar.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan