PAS Pecat Hasan Ali

Diterbitkan: Ahad, 8 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: PAS pada Ahad memutuskan untuk memecat Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali sebagai anggota parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu lebih tiga jam di Kuala Lumpur pada Ahad.

Dalam kenyataan pada Ahad, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pemecatan itu dibuat berdasarkan Fasal 82(9) perlembagaan PAS.

"Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan Datuk Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan PAS," kata Abdul Hadi.

Hasan menerima kecaman hebat di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat kerana pendiriannya yang bercanggah dengan perjuangan parti.

Kemelut menjadi semakin meruncing apabila beliau mempersoalkan konsep negara berkebajikan yang diperjuangkan PAS bersama sekutunya dalam manifesto parti menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU) akan datang.

Ekoran itu, Hasan meminta pemimpin PAS supaya kembali memperjuangkan dasar sebenar parti tersebut untuk menubuhkan sebuah negara Islam.

Bagaimanapun, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu telah memohon maaf kepada kepimpinan tertinggi PAS dan menarik balik kenyataannya yang menjejaskan nama parti.

Terbaru, keadaan menjadi lebih tegang, apabila beliau mempersoalkan kewajaran pemimpin PAS untuk menyertai perhimpunan 'Bebaskan Anwar 901' pada Isnin yang dipersetujui oleh Abdul Hadi dan Timbalannya, Mohamad Sabu.

Beliau turut mengkritik kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Mohamed Azmin Ali yang menegaskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tetap menjadi Perdana Menteri walau apapun berlaku.

Menurutnya, hanya ada dua calon yang layak untuk memegang jawatan itu iaitu Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hasan bagaimanapun tidak dapat dihubungi bagi mengulas lanjut perkara berkenaan.

Sementara itu, Dewan Pemuda PAS menyokong keputusan pemecatan Hasan yang dibuat secara sebulat suara oleh PAS Pusat.

Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, Hasan bagaimanapun masih boleh mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura selepas ini.

"Jika anda benar-benar ikhlas dengan perjuangan Islam, anda tidak lari meninggalkan perjuangan ini sebagaimana pernah berlaku kepada Datuk Abu Bakar Hamzah yang pernah dipecat kerana membuat kenyataan bercanggah dengan keputusan parti, tetapi beliau tidak lari meninggalkan perjuangan suci ini," kata Nasrudin dalam laman Facebooknya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan