Kontraktor Seleweng, KPDNKK Tunggu Laporan SPRM

Diterbitkan: Ahad, 8 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang menunggu laporan rasmi daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes penyelewengan tuntutan kontraktor penghantar barangan bersubsidi, sebelum mengenakan tindakan terhadap mereka yang terlibat.

Ketua Unit Komunikasi Korporat KPDNKK, Samsudin Awang menerusi satu kenyataan pada Ahad berkata, KPDNKK memandang serius kes itu dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM dalam penyiasatan kes tersebut.

"Sekiranya hasil siasatan SPRM mendapati penyelewengan itu membabitkan pegawai KPDNKK, maka tindakan mengikut undang-undang dan peraturan sedia ada akan dikenakan kepada mereka.

"Kontraktor didapati terlibat melakukan tuntutan palsu ini akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa termasuk tindakan mahkamah dan disenarai hitam dari melakukan kerja berkenaan," katanya.

Akhbar pada Ahad melaporkan SPRM sedang menyiasat kes kontraktor yang terlibat dalam penyelewengan tuntutan bagi kerja penghantaran barangan bersubsidi di pedalaman Sarawak. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan