"Kenyataan Saya Tidak Pengaruhi Pemecatan Hasan Ali" - Azmin

Diterbitkan: Ahad, 8 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: "Kenyatan saya tidak mempengaruhi pemecatan Hasan Ali," kata Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali terhadap keputusan pimpinan PAS Pusat memecat Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali sebagai anggota parti itu pada Ahad berkuat kuasa serta-merta.

Azmin berkata, perkara itu adalah keputusan yang dibuat oleh kepimpinan tertinggi PAS dan beliau tidak mencampuri urusan dalam menentukan keputusan berkenaan.

"Saya hormati keputusan yang dibuat. Dan saya percaya ia tidak akan menjejaskan Pakatan Rakyat.

"Sebaliknya ia memperlihatkan permuafakatan dalam Pakatan Rakyat bagi menghadapi persediaan dalam pilihan raya umum tidak lama lagi," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Ahad.

Dalam kenyataan pada Ahad, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pemecatan terhadap Hasan dibuat berdasarkan Fasal 82(9) perlembagaan PAS.

Azmin sebelum ini mendesak kepimpinan PAS supaya bertindak terhadap Hasan yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor kerana kritikan mengenai perhimpunan Bebaskan Anwar 901.

Menurut Azmin, beliau yakin dengan kebijaksanaan Abdul Hadi dan seluruh kepimpinan tertinggi PAS dalam menangani setiap masalah yang berlaku berkaitan dengan parti itu.

"Keputusan yang dibuat berdasarkan perbincangan antara mereka bersama dalam parti secara dalaman.

"Sekali lagi, soal Hasan dipecat hari ini tidak perlu saya campur tangan dan kenyataan saya tidak mempengaruhi (pemecatan itu).

"Bagaimanapun, saya menghormati keputusan yang dibuat oleh pimpinan tertinggi PAS," katanya lagi.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan