Enggan Patuhi Syarat Polis, Penganjur Perlu Sedia Hadapi Risiko: Nazri

Diterbitkan: Ahad, 8 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penganjur perhimpunan Bebaskan Anwar 901 pada Isnin ini perlu bersedia menghadapi sebarang risiko jika mereka tidak mematuhi syarat polis, kata Datuk Seri Nazri Aziz.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali bahawa pembangkang dan penyokong menolak 10 syarat yang ditetapkan polis Sentul.

"Biar saya beritahu Azmin Ali, jika dia tidak mahu mematuhi syarat polis, jadi dia akan berdepan sebarang risiko," kata Nazri selepas merasmikan pasukan perlumbaan endurance, 1Malaysia FXPRIMUS di sini, Ahad.

Nazri berkata, walaupun polis membenarkan perhimpunan tersebut, beliau secara peribadi tidak bersetuju dengan tindakan itu kerana ia dianggap cubaan untuk mempengaruhi keputusan mahkamah.

"Perkara seperti ini tidak pernah berlaku di negara lain. Pada saya, ia satu tindakan untuk mempengaruhi mahkamah memihak kepada Anwar.

"Anda tidak boleh membenarkan populariti wujud dalam sistem perundangan negara kerana mereka yang terkenal tidak pernah didapati bersalah oleh mahkamah," katanya.

Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin akan mengumumkan keputusan perbicaraan kes liwat kedua Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Polis membenarkan penyokongnya berhimpun di kawasan letak kereta awam di luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta tetapi dengan menetapkan 10 syarat.

Anwar, 64, yang didakwa kerana meliwat Mohd Saiful Bukhairi Azlan berdepan hukuman penjara 20 tahun dengan sebat jika didapati bersalah.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan