Dua Anggota Umno Sertai DAP

Diterbitkan: Ahad, 8 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Manis Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz dan anggota Umno Negeri Sembilan Aspan Alias pada Ahad menyertai parti DAP secara rasmi.

Kedua-duanya yang juga penulis blog, menyerahkan borang keanggotaan untuk menyertai DAP kepada Setiausaha Agung parti itu Lim Guan Eng pada sidang media selepas persidangan DAP 2012 di sini Ahad.

Mohd Ariff Sabri dan Aspan berkata, penyertaan mereka dalam DAP dibuat tanpa sebarang prasyarat serta tanpa sebarang permintaan untuk diberikan kerusi pada pilihan raya umum akan datang.

Ditanya sama ada mereka secara rasmi telah keluar dari Umno, Mohd Ariff Sabri, yang juga bekas Ketua Penerangan Umno bahagian Pekan, Pahang dan Aspan, yang menganggotai Umno selama 40 tahun, berkata penyerahan borang untuk menyertai DAP menunjukkan keanggotaan mereka dalam Umno telah terbatal secara automatik. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan