Tolak Pemimpin Yang Takut Pada Kebenaran - Rais

Diterbitkan: Sabtu, 7 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Rakyat perlu berani menolak pemimpin yang takut menghadapi kebenaran dan cuba mencemari prinsip kedaulatan negara, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini, perlu bijak memilih pemimpin demi menjamin kesejahteraan negara yang telah dibina sekian lama oleh pemimpin terdahulu.

"Malaysia tidak terbina dengan hanya satu hari. Perdana Menteri (sekarang) dan Perdana Menteri terdahulu telah berjuang lama untuk mewujudkan keadaan negara pada hari ini. Oleh itu, mereka wajar diberi penghargaan dan rakyat seharusnya tahu mengenang jasa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen 1Malaysia di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz di sini, Sabtu.

Turut hadir Timbalan Menterinya Datuk Maglin Dennis D'Cruz dan Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Seri Kamaruddin Siaraf.

Rais memberi ingatan itu sebagai mengulas tindakan sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang melancarkan kempen perhimpunan pada tarikh Mahkamah Tinggi dijadual mengumumkan keputusan kes liwat membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin ini.

"Berani itu kerana benar dan takut kerana salah... contohnya seperti Datuk Seri Anwar (Ibrahim). Beliau merupakan pemimpin pada partinya... kalau dia tidak salah kenapa harus gunakan masyarakat untuk mempengaruhi keputusan mahkamah. "Pemimpin seperti inilah yang perlu kita tolak... sebab keputusan (mahkamah) belum keluar, tapi dia dah cabar sistem kehakiman, jadi nampak sangat dia tak berani nak hadapi keputusan mahkamah," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan