PSC Harap Cadangan Tambah Baik Proses Pilihan Raya Dilaksanakan Pada PRU-13

Diterbitkan: Sabtu, 7 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) berharap cadangan pelbagai pihak dalam sesi pendengaran awam, yang penerimaannya diputuskan Parlimen, dapat dilaksanakan pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Pengerusi PSC, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata mandat enam bulan jawatankuasa itu akan berakhir April ini, dan laporan penambahbaikan tersebut sedang disiapkan untuk diserahkan kepada Parlimen.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada waktu rehat sesi pendengaran awam selama dua hari yang bermula Sabtu di Bilik Gerakan Negeri Kota Darul Naim di sini.

Ongkili, yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, berkata setakat ini, sebanyak 10 cadangan dikemukakan kepada Parlimen termasuk penggunaan dakwat kekal.

Beliau berkata sambutan parti politik, badan bukan kerajaan (NGO) dan individu di Kelantan terhadap pendengaran awam itu amat baik walaupun sebahagian besar perkara yang dicadangkan sudah dibangkitkan pada sesi sebelum ini.

Katanya, antara cadangan lain ialah umur layak mengundi diturunkan kepada 18 tahun, peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diperkukuhkan lagi dan pilihan raya kecil tidak perlu diadakan jika penyandangnya meninggal dunia, sebaliknya menyerahkan kepada parti yang diwakili penyandang tersebut untuk memilih penganti. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan