Polis Benar Perhimpunan Berdasarkan Akta Perhimpunan Aman - Muhyiddin

Diterbitkan: Sabtu, 7 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan polis membenarkan penyokong ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perhimpunan Isnin ini adalah berdasarkan Akta Perhimpunan Aman 2011 yang diluluskan Parlimen baru-baru ini.

Justeru, beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk menguruskan dan memastikan perhimpunan berkenaan berjalan dengan aman.

Beliau berkata penganjur perhimpunan itu juga bertanggungjawab untuk menjamin bahawa perhimpunan itu dan tidak akan menimbulkan kacau-bilau atau huru-hara.

"(Perhimpunan) ini kuasa yang telah diperuntukkan oleh Parlimen, akta yang diluluskan baru-baru ini memberi peluang kepada rakyat jelata mengadakan perhimpunan secara aman.

"Kita serahkan kepada pihak berkuasa keselamatan tetapi mungkin ada beberapa syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh pihak yang terlibat," katanya kepada pemberita pada program Mesra Rakyat 1Malaysia di Taman Bukit Maluri, Kepong di sini, Jumaat.

Polis Kuala Lumpur hari ini membenarkan penyokong Anwar mengadakan perhimpunan di tempat letak kereta di luar pekarangan Kompleks Mahkamah, Jalan Duta.

Mengenai dakwaan bahawa Anwar telah mengatur pertemuan dengan beberapa duta dari Eropah, dipercayai bagi mendapatkan sokongan sempena perhimpunan itu, Muhyiddin berkata pihaknya juga memberikan penerangan kepada pihak kedutaan tertentu mengenai perkara yang sebenarnya supaya mereka tidak dikelirukan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

"Kita dah tahu, (isu ini) bukan baru (malah) sejak dulu pun, daripada laporan yang kita dengar beliau pergi ke luar negara lebih kerap daripada Perdana Menteri dan beliau berurusan dengan banyak pihak di luar sana, walaupun begitu apa yang Anwar nak buat itu soal dialah.

"Bagaimanapun pihak-pihak yang di luar sana mungkin sebahagiannya bersimpati tetapi sebahagiannya tahu tentang proses demokrasi dan undang-undang yang berjalan di Malaysia... mereka harus menghormati apa saja undang-undang yang kita amalkan dalam negara kita," katanya.

Ditanya sekiranya tindakan Anwar itu boleh menjejaskan keselamatan negara, Muhyiddin berkata: "Mungkin, saya tidak boleh andaikan. Saya tidak tahu apa yang dia hendak lakukan tapi hal-hal sebegini kita kena serahkan kepada pihak berkuasa keselamatan untuk memantau dan mengetahui keadaan sebenarnya."

Mengenai hasrat Anwar untuk terus menjadi Perdana Menteri walaupun dipenjarakan dengan mewujudkan Perdana Menteri interim, Muhyiddin berkata:

"Itu andaian. Kita tak boleh nak terperangkap dengan andaian-andaian dia (Anwar). Kita rasional, kita tak boleh bersikap emosional ataupun mungkin dia ada muslihat tertentu."

Belia berkata orang ramai seharusnya tidak terjebak dengan tindakan Anwar yang tidak menghormati apa-apa sistem, baik sistem perundangan atau eksekutif.

"Kita tak boleh mendahului mahkamah, kita tak boleh mengandaikan apa yang akan dijatuhkan oleh pihak mahkamah," katanya.

Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan pada Isnin bagi kes Anwar yang dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan