PKR Sedia Hadapi Sebarang Kemungkinan - Nik Nazmi

Diterbitkan: Sabtu, 7 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Oleh SOFEA SUSAN ALBERT KASSIM SUBANG JAYA: Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika keputusan penuh perbicaraan kes liwat keduanya diketahui pada 9 Januari ini.

Menurut beliau, mereka sudah mendapat bayangan skrip keputusan perbicaraan di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur, Isnin depan.

"Sepatutnya kes ini tidak perlu dibicarakan di mahkamah kerana tak cukup bukti. Sebenarnya ini bukan soal liwat tapi perbicaraan politik," katanya pada ceramah Rapat Rakyat di Kompleks 3K di sini, malam Jumaat.

Tegas Nik Nazmi, kes tersebut sengaja diheret ke mahkamah sebagai usaha untuk memusnahkan karier politik Anwar dengan apa jua sekalipun.

"Skrip keputusan kita dah tahu. Kita bukan nak membuat keputusan lebih awal dari mahkamah tapi hakikatnya kes ini tidak perlu dibicarakan," katanya.

Sehubungan itu, Nik Nazmi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia menyeru orang ramai supaya menyertai perhimpunan tersebut bagi menegakkan keadilan terhadap rakyat yang menjadi mangsa kezaliman kerajaan.

"Kita perlu buktikan rakyat tidak gentar. Tiada alasan polis kata tak boleh sertai perhimpunan kerana mereka sudah bagi permit.

"Datanglah beramai-ramai ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Isnin ini sebagai tanda menolak kezaliman kerajaan memerintah," katanya.

Walaupun Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menjangkakan kira-kira 100,000 rakyat akan menyertai perhimpunan 'Bebaskan Anwar 901', Nik Nazmi yakin jumlah tersebut akan meningkat kepada 150,000 orang selepas polis bersetuju membenarkan perhimpunan itu diadakan.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Kolumnis

iklan

Iklan