Muhyiddin Saran GLC Bantu Tingkatkan Pendapatan Rakyat Dan Pencapaian Pelajar

Diterbitkan: Sabtu, 7 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PAGOH: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) supaya tidak hanya memberi perhatian kepada bantuan kebajikan tetapi juga meliputi usaha membantu meningkatkan pendapatan rakyat dan pencapaian akademik pelajar.

Timbalan Perdana Menteri yakin matlamat kerajaan untuk merapatkan jurang pencapaian pelajar luar bandar dapat dicapai dengan adanya sokongan yang lebih daripada syarikat-syarikat korporat.

"Dengan penglibatan badan-badan seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) seperti hari ini maka ianya akan dapat membantu kerajaan dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan pelajar kita di luar bandar," katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian ketika berucap melancarkan projek Baiti Jannati TNB peringkat kebangsaan di Kampung Renchong, di sini, hari ini. Turut hadir Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh.

Beliau berkata usaha kerajaan untuk merapatkan jurang perbezaan antara kumpulan sekolah-sekolah kebangsaan kategori band enam dan band tujuh kepada kategori band empat dan lima dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu telah mencapai kejayaan luar biasa.

"49 peratus daripada beberapa ratus buah sekolah dalam kategori band enam dan tujuh telah dapat ditingkatkan kepada band empat dan lima dalam peperiksaan UPSR dan PMR," katanya.

Beliau yakin dengan sokongan syarikat-syarikat korporat, usaha mengurangkan jurang perbezaan tersebut akan dapat dicapai.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin yang juga anggota Parlimen Pagoh berkata usaha kerajaan untuk mengatasi masalah miskin tegar telah hampir mencapai matlamat dan hanya tiga hingga empat peratus sahaja lagi penduduk yang masih dikategorikan miskin relatif.

Kejayaan itu, katanya adalah hasil daripada langkah kerajaan mengenal pasti golongan berkenaan secara terancang yang tidak dapat dilakukan oleh sesetengah negara lain di dunia. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan