Malaysia Mesti Berkeupayaan Dalam Segala Bidang - Mahathir

Diterbitkan: Sabtu, 7 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sabtu berkata Malaysia perlu memastikan ia berkeupayaan dalam segala bidang terutamanya industri, aspek penting kepada negara dalam usaha mencapai status negara maju menjelang 2020.

Beliau berkata sesebuah negara tidak maju hanya kerana pendapatan per kapitanya melonjak sehingga US$40,000 (US$1=RM3.18).

"Begitu juga kalau GDP (Keluaran Dalam Negara Kasar) mereka begitu tinggi, itu belum menjamin negara mereka maju," katanya kepada kira-kira 30,000 warga industri Selangor yang menghadiri Program Perdana Menteri Bersama Warga Industri Selangor di kilang Proton Holdings Bhd di sini.

Beliau berkata jika ekonomi negara tumbuh pesat dan rakyat menguasai teknologi canggih, banyak barangan Malaysia dapat dicipta dan dikeluarkan sendiri untuk bersaing di peringkat dunia dengan harapan Malaysia diterima sama seperti Jepun, Korea Selatan dan Cina.

"Ini adalah sesuatu yang boleh dilakukan kita kerana kita mempunyai semangat dan semangat ini akan ditransformasikan, akan diterjemahkan kepada kerja-kerja yang semakin lama semakin canggih," katanya.

Dr Mahathir berkata warga industri, yang mendengar amanat Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini, perlu tahu peranan masing-masing dalam membantu memajukan negara.

"Kita ingin duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan manusia-manusia lain di dalam dunia ini. Kenapa tidak? Kita mempunyai kebolehan sama seperti mereka, kita telah membuktikan kebolehan kita setakat ini tetapi kita harus terus maju supaya kita akan jadi negara yang benar-benar sudah maju," katanya.

Dr Mahathir berkata jika dahulu, Malaysia terpaksa meminta bantuan Jepun untuk mengeluarkan Proton Saga tetapi kini syarikat-syarikat automotif dari Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat datang berunding dengan Proton untuk mengikuti kebolehan warga kerja pengeluar kereta nasional itu, yang tahapnya telah meningkat.

"Inilah harapan kita semua, inilah harapan kerajaan... kerjasama antara kerajaan dan rakyat akan mencapai matlamat yang ditentukan untuk kita," katanya.

Dr Mahathir berkata sumbangan golongan pekerja kepada pembangunan negara mesti dihargai dan mereka harus mendapat bahagian masing-masing hasil peningkatan ekonomi negara.

Pada masa sama, beliau berkata Malaysia tidak akan bankrap seperti beberapa negara Eropah kerana kerajaan sedia ada bijak menguruskan negara ini.

"Kalau sesuatu itu berjalan dengan baik, janganlah nak cuba perbetulkan. Kita harus jaga apa yang ada pada kita sekarang.

"Sistem pentadbiran demokrasi yang telah beri banyak nikmat kepada kita... kita harus sokong," katanya merujuk kepada kerajaan pimpinan Barisan Nasional. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan