Keputusan Mahkamah Tidak Jejas Misi Pakatan Rakyat Tawan Putrajaya - Anwar

Diterbitkan: Sabtu, 7 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Oleh SOFEA SUSAN ALBERT KASSIM SUBANG JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan apa jua keputusan perbicaraan mahkamah dalam kes liwat keduanya pada Isnin ini tidak akan menjejaskan misi Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya.

Malah, beliau yakin Pakatan Rakyat akan mendapat sokongan padu daripada rakyat dalam usaha mempertahankan lima negeri dibawah jajahannya dan merampas Johor dan Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU) akan datang.

"Anwar masuk penjara atau tidak itu tidak penting. Lebih penting kita menang PRU akan datang untuk tawan Putrajaya.

" Kita tidak akan biarkan kezaliman dilakukan di sini. Kita akan tunjuk pada Umno perubahan besar akan berlaku pada PRU nanti," katanya pada ceramah Majlis Rapat Rakyat di Stadium 3K di sini, malam Jumaat.

Menurut Anwar, beliau meletakkan tiga kemungkinan mengenai keputusan perbicaraan tersebut iaitu diputuskan tidak bersalah, bersalah dan diikat jamin atau dipenjarakan.

"Jika mereka (Umno) anggap keputusan memenjarakan saya akan menyebabkan Pakatan Rakyat kalah, mereka silap. Malah tuntutan keadilan untuk rakyat menerusi parti ini akan tetap diteruskan," katanya.

Sementara itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh mengingatkan pemimpin PKR, DAP dan PAS supaya bekerja keras dan bersatu hati dalam mengenepikan unsur-unsur yang ingin menghuru-harakan parti.

"Laluan ke Putrajaya semakin realistik untuk dilakukan. Ketiga-tiga parti perlu menjalin kerjasama utuh. Lawan tetap lawan.Reformas...reformasi...reformasi!," laungnya.

Majlis Rapat Rakyat yang diadakan tiga hari sebelum keputusan perbicaraan kes liwat kedua Anwar diketahui, dihadiri kira-kira 3,000 penyokong Pakatan Rakyat.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh, ADUN Tronoh, V.Sivakumar dan ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan