JKM Pantau Keadaan Dua Kanak-Kanak Mangsa Dera Di Bawah Jagaan Bapa Saudara

Diterbitkan: Sabtu, 7 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang memantau keadaan kedua-dua kanak-kanak mangsa dera yang dikurung bapa mereka pada 29 Dis lepas, yang kini di bawah jagaan bapa saudara kanak-kanak itu.

Pengarah JKM negeri Zulkifli Ismail berkata hak penjagaan sementara Tan Ming Zhi, 6, dan adiknya Ming Han, 2, telah diberikan kepada bapa saudara mereka yang menetap di Bayan Baru di sini.

"JKM akan memantau bagi melihat sama ada bapa saudara mereka itu layak untuk menjaga mereka," katanya kepada Bernama selepas melakukan lawatan mengejut ke rumah bapa saudara kedua-dua kanak-kanak tersebut baru-baru ini.

Zulkifli berkata setelah apa yang berlaku kepada kanak-kanak itu, JKM akan memastikan mereka dijaga dengan baik.

JKM akan mengambil tindakan susulan selepas tamatnya tempoh jagaan sementara selama sebulan itu termasuk mengambil alih tanggungjawab jagaan kanak-kanak tersebut sekiranya mereka didapati tidak dijaga dengan baik, katanya. Sementara itu, tinjauan Bernama hari ini mendapati kedua-dua kanak-kanak itu berada dalam keadaan baik dan ceria bersama bapa saudara mereka.

Pada 29 Disember lepas, dua kanak-kanak itu ditemui dikurung dalam bilik air dengan kaki mereka diikat di rumah mereka di Jalan Raja Uda, Butterworth.

Pada Rabu lepas, bapa kanak-kanak itu, Tan Hooi Keong, 43, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth terhadap pertuduhan mengurung dua anaknya itu di dalam bilik air rumah mereka yang boleh menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi.

Majistret Mohd Zamir Suhaimee bagaimanapun membenarkan Tan diikat jamin RM9,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 Feruari depan untuk sebutan semula kes. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan