Individu Punya Maklumat Kes Tangkapan Pegawai Kanan Jabatan Perhutanan Diminta Bantu Siasatan

Diterbitkan: Sabtu, 7 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Individu yang mempunyai maklumat berhubung kes seorang pegawai kanan Jabatan Perhutanan Perak yang dipercayai menyembunyikan sejumlah wang tunai yang banyak selain pelaburan saham membabitkan jutaan ringgit diminta tampil bagi membantu siasatan.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak Nooraziah Abd Manaf berkata pihaknya telah mengambil keterangan beberapa individu dan kini masih mencari individu lain yang mempunyai maklumat bagi membantu melengkapkan kertas siasatan.

Ketika dihubungi Bernama, Sabtu, beliau berkata individu yang dipanggil untuk memberi keterangan bukan dianggap pesalah malah kehadiran mereka diperlukan bagi membantu pihaknya mengenal pasti kesalahan dan mengesan pelakunya.

"Semua kenyataan, dokumen dan sebagainya amat diperlukan untuk bukti suatu kesalahan itu. Proses siasatan juga terikat dengan undang-undang dan peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi.

"Mereka (individu) tak boleh ditahan jika apa yang diperlukan daripada mereka pada ketika itu telah selesai, atau dengan benarkan mereka balik apabila dirasakan tidak jejaskan siasatan," katanya.

Sebuah akhbar, Jumaat, melaporkan pegawai kanan yang berusia lingkungan 50-an itu ditahan pada pukul 2 pagi Khamis lepas, ketika berada di dalam rumah bersama isteri serta beberapa anaknya di kuarters kerajaan berhampiran Kem Tentera di Gerik.

Hasil pemeriksaan menemui wang tunai RM720,000 yang disusun rapi dalam lipatan telekung dan sebahagian lagi bersama beberapa buku amanah saham membabitkan pelaburan bernilai lebih RM4 juta disembunyikan berasingan di beberapa lokasi termasuk di dapur serta ruang tamu rumahnya.

Pegawai terbabit ditahan sehingga Rabu depan bagi membantu siasatan kes itu. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan