Bayaran BR1M Bukan Dipinjam Bank Dunia:Najib

Diterbitkan: Sabtu, 7 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

RAWANG: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan mampu melaksanakan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berikutan kekuatan ekonomi dalaman negara yang menjana hasil memberangsangkan.

Perdana Menteri, yang menolak dakwaan pihak tertentu kononnya kerajaan membuat pinjaman, menegaskan bahawa kerajaan tidak meminjam daripada Bank Dunia bagi membiayai program itu.

Beliau berkata Malaysia mempunyai kekuatan ekonomi dalaman berikutan pentadbiran yang cekap sehingga berjaya meningkatkan hasil negara sebanyak RM22 bilion tahun lepas berbanding tahun sebelumnya.

Najib berkata kali terakhir kerajaan membuat pinjaman daripada Bank Dunia ialah pada 1998 iaitu sebanyak US$400 juta dan tiada lagi pinjaman dibuat selepas itu.

"(Dakwaan pinjaman) yang terbaru ialah di mana kerajaan terpaksa meminjam daripada Bank Dunia untuk pembayaran BR1M.

"Ini jelas tuduhan itu tidak benar sama sekali dan satu lagi dakwaan dalam bentuk pembohongan parti pembangkang," katanya semasa melancarkan Komuniti 1Malaysia di Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada Jumaat.

Menerusi program BR1M, yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012 pada Oktober lepas, bantuan kewangan RM500 akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah bagi meringankan beban rakyat berpendapatan rendah.

Najib berkata walaupun kerajaan mengadakan program BR1M, defisit negara tidak meningkat malahan berkurangan. Beliau berkata pembangkang juga cuba mencetuskan kontroversi dan memberi gambaran negatif kepada program kerajaan yang berjaya.

"Tunjuk bukti, kalau tak ada bukti jangan cakap saja. Kita tidak gentar. Kita tidak takut kerana kita berdiri di atas kebenaran," katanya.

Membandingkan ekonomi negara dengan beberapa negara Eropah, Perdana Menteri berkata gaji kakitangan awam mereka dipotong sedangkan penjawat awam negara ini dinaikkan gaji di bawah Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Selain itu, kata Najib terdapat juga peruntukan mereka seperti dalam sektor pendidikan, pembangunan dan sebagainya yang dikurangkan tetapi di Malaysia ia dikekalkan malah kerajaan juga sanggup memberikan peruntukan tambahan demi rakyat. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan