Azmin Dibidas Campuri Urusan Dalaman PAS

Diterbitkan: Sabtu, 7 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS Pusat membidas sikap Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali apabila dilihat cuba mencampuri urusan dalaman PAS apabila mendesak parti itu mengambil tindakan terhadap Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.

Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, Mohamed Azmin sepatutnya menghormati PAS sebagai rakan sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat dengan tidak membuat desakan dan kritikan terbuka terhadap Hasan yang masih sebagai ahli PAS.

"Dewan Pemuda PAS amat kesal dengan kenyataan desakan daripada Azmin yang mahukan agar Datuk Hasan dikenakan tindakan.

"Kami ingin jelaskan bahawa Datuk Hasan adalah masih sebagai ahli PAS dan Azmin perlu menghormati keadaan tersebut.

"Kami di dalam PAS juga kurang selesa dengan apa yang cuba Azmin nyatakan seolah-olah tidak menghormati PAS di dalam Pakatan Rakyat itu sendiri. Dengan suasana tersebut, ianya seperti usaha campur tangan pihak luar di dalam PAS," katanya menerusi satu kenyataan di sini, Sabtu.

Pada Jumaat Mohamed Azmin dengan lantang mendesak PAS mengambil tindakan tegas terhadap Hasan yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang sebelum ini menyeru agar rakyat tidak menyertai perhimpunan 'Bebaskan Anwar 901'.

Desakan Mohamed Azmin itu dibuat sebagai rekaksi terhadap kenyataan Hasan yang turut menyifatkan demonstrasi 901 anjuran PKR sebagai sesuatu yang sia-sia serta memberi kesan tidak baik terutamanya kepada golongan muda.

Selain itu Raja Ahmad turut mengingatkan Mohamed Azmin supaya memelihara suasana persefahaman antara kedua-dua parti itu demi Pakatan Rakyat.

Menurut beliau suasana begini tidak sepatutnya berlaku kerana setiap parti di dalam Pakatan Rakyat perlu memilihara ahli parti masing-masing dan bukannya membuat kenyataan seumpama itu.

"Jika perkara yang pernah berlaku dahulu ketika dua orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR keluar parti di Perak dahulu, adakah PAS membuat kenyataan seumpama itu?

"Ini termasuk beberapa orang ADUN dan Ahli Parlimen PKR yang keluar parti. Adakah PAS menunding jari kepada PKR di dalam isu ini?

"Jesteru, kami berharap Azmin dapat menggunakan saluran yang ada di dalam Pakatan Rakyat kerana isu seumpama ini amat sensitif.

"Kami juga mengharapkan agar Majlis Pakatan Rakyat memberikan peringatan keras terhadap kenyataan Azmin dalam masa yang sama jika isu Datuk Hasan turut dibincangkan," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan