Tentera Sedia Bantu Polis Hadapi Perhimpunan 9 Jan

Diterbitkan: Jumaat, 6 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menawarkan khidmat Angkatan Tentera Malaysia kepada Polis Diraja Malaysia bagi menghadapi perhimpunan haram anjuran Parti Keadilan Rakyat pada Isnin ini.

Katanya, beliau yakin polis mampu menangani sebarang kemungkinan semasa perhimpunan itu yang dijangka dihadiri ribuan penyokong parti itu pada hari mahkamah akan mengumumkan keputusannya dalam kes melibatkan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat.

"Oleh kerana PDRM mempunyai kekuatan anggota yang mencukupi, ATM yakin bahawa mereka boleh melaksanakan tugas menangani sebarang permasalahan yang timbul pada 9 Januari nanti.

"Namun jika situasi memerlukan ATM untuk membantu PDRM, kita sentiasa bersiap siaga demi keselamatan dan pertahanan negara bagi menentukan kerajaan yang sah, sistem perundangan yang telus, serta sistem demokrasi yang sedia dijalankan begitu lama oleh negara kita, akan dapat dipertahankan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Pertahanan di sini Jumaat.

Ahmad Zahid meminta kedua-dua pihak, sama ada penyokong atau yang menentang perhimpunan itu, supaya berkompromi dan tidak mengadakan perhimpunan itu.

"Jangan fikir, mereka (penganjur) dapat sokongan semua pihak, ada pihak tak suka perhimpunan itu. Contohnya yang mewakili NGO, mereka juga akan rasa mereka ada hak untuk berhimpun untuk menyatakan bantahan terhadap perhimpunan tersebut.

"Jika ini terjadi, maka keadaan akan menjadi lebih buruk. Pada masa ini pula, saya dengar penganjur perhimpunan itu telah adakan roadshow seluruh negara, NGO-NGO ini juga akan lakukan perkara yang sama, jadi ini harus dihentikan," katanya. Ahmad Zahid berkata, penganjur perhimpunan perlu menerima saranan kerajaan untuk mengadakan perhimpunan di tempat yang telah ditentukan dan terjamin keselamatannya.

"Saya juga suka mengingatkan kepada kepimpinan tertinggi mahupun anggota-anggota Umno di peringkat akar umbi supaya tidak mengambil bahagian dalam perhimpunan itu nanti baik sebagai penyokong atau penentang bagi mengelak sebarang permasalahan yang timbul.

"Kepada NGO-NGO itu yang ingin lancarkan perhimpunan itu juga, saya harap fikirkan jalan terbaik supaya tidak berlaku pertembungan dua pihak," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan