RM148 Juta Untuk Dua Projek Tebatan Banjir Di Sibu

Diterbitkan: Jumaat, 6 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM52 juta untuk pembinaan fasa dua Projek Tebatan Banjir Sibu.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata projek itu termasuk meninggikan Jalan Lanang sepanjang satu kilometer lagi (untuk bertindak sebagai ban banjir), kerja pembaikan 1.6 kilometer jalan tepi parit, dua unit pintu kawalan air pasang dan stesen pengepaman air di sungai Ek Dee.

Pelan teperinci telah siap dan tender pembinaan akan dipanggil bulan ini, katanya pada sidang akhbar di sini Jumaat.

Mengenai kerja pengorekan Sungai Rajang di Pulau Kerto sebagai satu lagi usaha tebatan banjir, beliau berkata kotraktor untuk projek RM9.7 juta itu telah dilantik.

Ia dijangka siap menjelang akhir Mac tahun ini, katanya. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan